Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel something that I missing

KAMU YANG BERNAMA KELUARGA

Merindu kamu Yang mungkin tidak pernah ketemu Yang mungkin hanya sekali bertemu Merindu kamu yang bernama keluarga Merindu kamu yang jauh merentasi udara Merindu kamu setiap kali terdengar keluarga Hanya doa dan harapan penguat raga Lewat maya kita bersapa Moga bila tiba masa Kita bisa ketawa   Berkongsi cerita Melepas rindu dalam jiwa Aku rindu kamu yang bernama keluarga #ermahida 

AKU WANITA SALJU

aku wanita salju yang misteri hatiku tak pernah tahu erti rindu dan aku paling benci menanti  namun  kerana hadirnya kamu lelaki hijau yang berbudi mengajarku apa itu rindu membuat aku sabar menanti setiap kehadiranmu dulu hatiku keras umpama keluli tidak pernah goyah dengan kata penuh romantis namun bila hadirnya kamu hati keluliku cair umpama ditempa sahaja lewat gaya santaimu lewat gurauanmu lewat kata-kata manismu acapkali  bila kau santai melafazkan rindu hatiku berhenti berdetak nafasku berhenti di kerongkongan dan aku jadi pinar seketika maafkan aku  kiranya kamu serius dalam katamu dan aku balas sambil lewa ketahuilah aku wanita salju  yang canggung bermadah rindu yang canggung bermadah kasih dan aku lebih canggung lagi bila yang melafazkan rindu adalah kamu lelaki hijau yang berbudi yang mendapat tempat di hati aku, wanita salju nukilan : ermahida

SEMPURNA

aku hairan tertanya entah kenapa walau kenal sebentar cuma engkau kelihatan sempurna bagai disulap sahaja aku jadi kelabu mata beribu yang dijumpa hanya engkau kelihatan sempurna jenuh mencari setelah lama jawapan dicari tak aku jumpa kenapa engkau kelihatan sempurna tinggal misteri hati cuma nukilan emahida

RAHSIA HATI

aku punya satu rahsia ingin sekali ku ceritakan pada dunia ingin sekali ku khabarkan pada dia rahsia hati tentang dia tapi rahsia ini aku pendam sendiri kerana aku sendiri tidak pasti apakah sebenanrnya mahu hati kadangkala ada rindu untuk dia  kadangkala ada sayang untuk dia  kadangkala ada risau untuk dia  kadangkala ada peduli untuk dia  saat dia datang menyapa walau cuma bertanya berita walau hanya lewat kata-kata aku rasa dunia seolah aku yang punya bicaranya menghiburkan hati pesan-pesannya jadi azimat diri senyumannya walau hanya dalam memori bisa bikin menceriakan diri aku rindu dia, itu aku pasti aku sayang dia, itu aku pasti aku cinta dia, itu aku tidak pasti adakah dia jodoh hakiki, itu rahsia ILLAHI rahsia hati ini mohon sampai di sini jangan bilang sesiapa ya apalagi pada dia !! ermahida 12.10 am sh2013 lembaran

AKU RINDU INTESABER

Saat kali pertama Surat tawaran dibuka Jujur aku tak sanggup membaca Apa lagi melihat dimana letaknya Gedung ilmu yang bakal kucinta Saat kali pertama Kaki dijejak di bumi bertuah ini Pepohon nyiur santapan mata Bayu laut menghembus lembut INTERSABER tercinta Walau jauh di ceruk kampung Tidak pernah gagal Melahirkan generasi pemangkin ummah Sungguh, aku rindu INTERSABER Rindu pada tarbiahnya Rindu pada kelembutan pendidiknya Rindu pada persahabatan yang tercipta Rindu segalanya tentang INTERSABER

JIKA RASA ITU PASTI

tipu, kalau aku kata tak rindu tipu. kalau aku kata tak mahu bertemu tipu, kalau jiwa tak bersenandung sendu buat kasih jauh berbatu tapi sudah berkali-kali aku pesan pada diri aku harus tabahkan diri setiap berlalunya hari kerna aku yakin dan pasti jodoh itu rahsianya ILLAHI jika rasa itu pasti kau pasti hadir suatu hari melafaz akad penuh janji menyatukan dua hati takkan terpisah sampai mati ermahida (05112014) 1200

UMMIKU SAYANG

Ummiku sayang Seringkali aku menyakitimu Seringkali aku melukai perasaanmu Seringkali kataku bagai sembilu menghiris hatimu Seringkali aku mengundang amarahmu Namun ketahuilah ummiku sayang Tiap kali hatimu kulukai Seribu kali hati ini terluka rasanya Tiap kali aku menyakitimu Tak terbendung air mataku menahan sakitnya Tiap kali aku meluahkan kata yang melukaimu Tidak terukir betapa kesalnya aku akan kata-kataku itu Tiap kali amarahmu kuhampiri Terasa sakitnya jiwa ini menahan gelodaknya Ummiku sayang Maafkanlah segala salahku Ampunkanlah segala silapku Aku sayang kamu, ummiku sayang nukilan ermahida

BINGKISAN RINDU BUAT AYAH

Ayah Dengarlah Hayatilah Bingkisan rindu dari anakmu yang jauh Kau, ayahku Lelaki yang paling aku sayangi Kau, ayahku Lelaki yang paling aku hormati Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Walau kau bukan seorang pensyarah Walau kau bukan seorang hartawan Mahupun seorang ustaz Kau hanya seorang peniaga pasar malam Jangan pernah kau risau Kerana aku bangga aku adalah anakmu Aku bangga dengan jerih payahmu Membesarkan kami adik-beradik Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Yang kerana kamu Aku belajar erti kegigihan Yang kerana kamu  Aku tahu Erti sebuah kehidupan nukilan ermahida

SEMINGGU INI

seminggu ini seminggu yang meresahkan seminggu yang memeritkan seminggu yang melelahkan seminggu ini seminggu yang mendera perasaan seminggu yang menguji kesabaran seminggu yang menduga kesetiaan seminggu ini  aku mencari bayangan dalam diam aku menyulam harapan  demi sebuah jawapan nukilan ermahida (01102014) DK 6, Egineering campus USM

CORETAN AWEK SPANAR : A NEW SEMESTER, A NEW ME

sudah masuk tiga minggu aku di USM terchenta nie buat apa, mestiah belajar kan pada siapa yang tak tahu lagi aku ada insha allah, kalau semuanya berjalan lancar dan aku harap sangatlah aku ada masa berbaki dua semester lagi untuk menghabiskan pengajian aku entri kali ini sebenarnya tak tahu nak berkisah tentang apa  tapi sekadar hendak  berkongsi apa yang aku rasa berkongi apa yang aku dapat berkongsi apa yang aku alami  untuk memudahkan tuan punya blog bekisah aku pisahkan kisah aku kepada beberapa bahagian #KISAH PERTAMA masa hari pertama balik dari kampung masuk je kedalam USM terchenta ni aku tak rasa janggal tapi lebih kepada rindu mungkin sebab kali  ini balik dengan penuh ikhlas memang untuk menuntut ilmu (ayat baik kejap) dan lebih tidak rasa janggal bila muka pertama yang aku nampak adalah muka coursemate aku walau dia sudah habis tapi tengah jadi RA (research assistant) dan kebetulan dia berjogging petang itu dan aku

SEKUNTUM BUNGA DI TAMAN PENUH KUMBANG

Awal mula kisah Kami berdua di taman penuh kumbang Dua purnama menjelma Tinggal aku, sekuntum bunga di taman penuh kumbang Jadi sekuntum bunga Bukan selalunya senang Kadangkala ada sukar yang datang Menguji kentalnya si bunga Kumbang seringkali jadi teman bermain Kumbang juga jadi dahan pautan Namun bunga perlu sering berwaspada Lumrah kumbang memburu madunya bunga Tapi, bunga sering rasa bertuah Akan adanya kumbang di sisi Kerana adanya mereka, kumbang penuh di taman Bunga rasakan dialah bunga istimewa

UNTAIAN RINDU BUAT SAHABAT

Untaian kata ini Khusus buatmu sahabat Untaian rindu ini pengganti diri Bacalah untaian kata ini Kala kau merinduiku Kala kau teringat kenangan kita bersama Sewaktu pena lincah melakar kata Bagai terbayang segala memori kita dahulu Senyum tawamu, gelak riangku Iramanya seolah kedengaran di cuping telinga ini Tangis senduku, masih kurasakan basahnya Rajuk muncungmu, masih jelas terbayang di mata Sungguh tak mampu membohongi diri Waktu bersamamu adalah yang terindah Masa seakan pantas berlalu Saat aku bersama kamu Aku ingin sekali kembali ke masa itu Melalui semula jejak memori kita Merakam setiap memori indah bersama Walau jarang berhubung Walau jarang bertanya khabar Aku ingin kau tahu Persahabatan ini tidak pernah putus Aku akan selalu merinduimu, sahabat

MH370:SEBUAH EPILOG

Saat terbang membelah awan Merentas birunya lautan Kau hilang dalam radar penuh kejutan Penuh debaran kami menanti Kemana kau hilang pergi 239 nyawa kau bawa bersembunyi Puas dicari seluruh benua Kau terus lenyap dari mata Jejakmu tinggal misteri fana Damailah kau disana Walau dimana kau berada MH 370 satu nama takkan terlupa Nukilan : ermahida

SERANGKUM DOA BUAT SAHABAT

Ya ALLAH, aku bersahabat dengan mereka dengan izin-MU Ya ALLAH, aku menyayangi mereka kerana kasihku pada-MU Ya ALLAH, aku mencintai mereka kerana ingin mencari redha-MU Ya ALLAH, sesunguhnya sahabatku ini telah menjalankan kewajipan mereka  Bersamaku dikala aku terasa hilang dari-MU Tidak melupakan aku ketika mereka mendapat rahmat dari-MU Ya ALLAH, dengan limpah kurniaMU Kurniakanlah balasan yang setimpal buat sahabatku ini Jauhkanlah mereka dari jalan orang yang tidak kau redhai Dekatkan mereka dengan orang yang sering mengingatkan mereka akan kewujudanMU Ya ALLAH, hanya satu pintaku Pertemukanlah kami semua di bawah naungan-MU Pertemukanlah kami semua dalam keadaan yang membahagiakan Pertemukanlah kami semua agar dapat kami menguatkan ukhuwah yang telah terjalin ini Ya ALLAH, dengan rahmatmu kami bertemu Dan kerana takdirmu jua kami berpisah Ya ALLAH, dengarlah doa hambamu ini Serangkum doa buat sahabatku semua nuki

JKR CKM, DISINI BERMULA

Disini semuanya bermula Kisah aku dan mereka Kisah aku Yang baru mahu mengenal erti kehidupan Kisah mereka Yang sebelum ini tak pernah aku kenali Kisah tentang kami  Yang baru mahu mengenal dunia kerjaya Kisah ini penuh coretan Kisah ini penuh calitan warna warni kehidupan Saat kali pertama Mata melihat papan tanda JKR CKM Hati terasa laju berdetak Papan bisu itu seakan Mengalukan kehadiran aku ke tempat ini Diri seolah dalam mimpi Lidah kelu tanpa bicara Akal tak dapat membayangkan Apa yang bakal aku lalui Namun, aku bersyukur  Aku sering dirahmati yang Esa Kehadiran mereka membuang gundahku Kehadiran mereka menceriakan hidupku Kehadiran mereka mengajar aku tentang banyak perkara Kehadiran mereka juga banyak menyedarkan aku tentang erti persahabatan Jujur, aku akui Kisah aku dan mereka sangat bermakna dalam perjalanan hidupku Mereka mengajar aku untuk syukur ten

RINDU SANG PUNGGUK

Aku sang pungguk Yang menantikan bulannya Mengharapkan kasih yang tidak pernah kunjung tiba Namun, aku masih setia Menjadi seorang perindu Walau aku tak pasti rindu itu untuk siapa Kadangkala aku rasakan Diriku sangat dungu Aku menyanyi memanggil bulanku Mengalunkan lagu cinta tak kesampaian Tetapi lagu itu untuk siapa Aku hampa Tapi hampa itu untuk apa Jika tiada siapa cuba mengerti Akhirnya aku sedari Semuanya adalah silapku Yang tidak mahu pernah cuba Untuk mengungkapkan makna lagu ini nukilan ermahida