Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

BUKAN PATUNG TANPA HATI

aku mohon hati  hanya kali ini kenanglah sepuas nyali buat kau yang dirindui
aku pesan pada hati bila suria muncul diri hapuskan semua memori lupakan kau yang menyendiri
aku hairan sendiri kamu seolah tahu rasa hati bila kau kucuba lupai kau hadir munncul diri
andai kamu pasti  aku kekal disini kamu salah erti aku bukan patung tanpa hati
bila lelah menanti bila kasih dibiar sepi buka langkah kaki  aku pasti cabut lari
#ermahida

SELAMAT MALAM MASA LALU

selamat malam masa lalu
mohon jangan lagi cari aku bila kamu rasa perlu aku sudah jemu  diperlaku sesuka hatimu
aku jadi buntu walau mulut katanya jemu tapi ada rindu buat kamu yang pernah ceriakan malamku dengan usikan keletah lucu
#ermahida

RINDU HADIR LAGI

Rindu itu hadir lagi
Entah untuk yang ke berapa kali
Hati terasa ingin tahu sekali
Apa khabar kamu yang tiba2 menyepi Walau acap kali
Aku pesan pada diri
Usah simpan rindu lagi
Namun hati terus berdegil Lalu aku biarkan sendiri
Biar rindu bertamu di hati
#ermahida