Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

NUKILAN BUAT AYAH DAN BONDA

Suatu malam ku bermimpi melihat cahaya bulan menerangi sedang aku bermanja atas pangkuanmu bunda Siangnya ku lihat sang mentari memancar bahangnya membakar diriku sedang ayah gembira dan tersenyum mengalirkan keringatnya Bunda jasamu tak terbalas jerih payahmu membesarkanku tak ternilai kau gadaikan nyawamu agar aku dapat melihat dunia ini kau pelukis jiwa ini kau corak diriku bagaikan sang pelukis mahir memainkan warna di atas kanvas putih Ayah pengorbananmu jadi semangat kau idolaku membakar semangat juang di dada anakmu tak ernah kenal erti jemu penat, bosan atau sakit kau kuatkan semangatmu hanya kerana ingin melihat aku hidup seperti insan yang lain Ayah dan bonda kalian sering kuingati walau aku kini di rantauan kalianlah sumber inspirasiku Bonda kegigihanmu kegigihanku Ayah ketabahanmu sentiasa milikku created by : ermahida @ aku sendiri 9 November 2006 9.00 malam Bilik Study Ummu Aiman SMK Seri Perkasa Sajak ni saya buat masa ngah sambut hari jadi saya. Masa tu duduk dekat asra

DISEBALIK KEMBARA SEORANG MUSAFIR

Sajak 'KEMBARA SEORANG MUSAFIR' ni saya cipta khas untu seorang sahabat baik saya. Bukan sebarang sahabat. Inilah satu-satunya sahabat baik yang saya pernah ada setakat ini. Tak ada yang dapat menandingi sahabat saya yang seorang ini. Mungkin saya terikut-ikut dalam cerita2 dongeng di mana setiap relationship pasti akan happy ending di hujungnya. Itulah harapan saya pada awal perkenalan kami. Dan macam dalam setiap drama Melayu kita. Pasti ada iri hati dan hasad dengki dari mereka-mereka yang cemburu dengan persahabatan kami. Secara jujur saya tak pernah mempunyai seorang sahabat perempuan yang benar-benar rapat dengan saya. Terlampau personal saya rasa untuk menceritakan betapa rapatnya kami berdua. Segala halangan, syukur kami dapat menempuhnya. Tapi kata orang ' kusangka siang hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari '. Begitulah juga dengan persahabatan kami. Salahnya saya di sini. Salah saya kerana tidak berterus terang. Saya merosakkan cerita di antara kami.

KEMBARA SEORANG MUSAFIR

Seorang musafir mengembara mencari sesuatu yang hilang di dalam perjalanannya Tiba di suatu perhentian antara sejarah dan harapan antara kenangan dan cita-cita dia terpukau melihat kilauan sang bintang kilauannya luar biasa mendamaikan jiwa menyejukkan amarah pada bintang dia berikan segalanya segala kepercayaan yang tidak pernah dikongsi bintang juga mengajarnya sesuatu sesuatu yang tak pernah dirasainya sebelum ini sesuatu yang dulunya menjadi igauan kini menjadi teman seperjalanan namun setiap kesenangan itu selalu dicemburui dicemburui keadaan dan juga bintang-bntang yang lain perjalanan mereka sering dilanda badai yang bisa meruntuhkan sebuah tembok sering diserang rasa resah diri sendiri takut nanti akan dikhianati tapi keprcayaan yang disemai merentasi segala badai dan resah melangkau onak duri merenangi lautan dendam dan iri hati created by : ermahida @ aku sendiri 9.45 malam 1 MAC 2006

RESULT SPM KELUAR

Assalamualaikum............... Saya baru sahaja menduduki peperiksaan SPM. Alhamdulillah. Walaupun result saya tak segempak mana tetapi saya bersyukur kerana saya bukan di kalangan yang gagal. Masih boleh dikategorikan sebagai berjaya. RENDAH DIRI. Pasti ada. Apalagi saya berlatarbelakangkan mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh. Sudah tentu 11A1, straight A sangat sinonim di kalangan pelajar2 SBP. Tetapi bagi saya , rendah diri itu mesti tetapi jangan sampai kita mengalah dengan perasaan itu. Agak lucu saya rasakan. Apabila bersama kawan2 SBP yang lain keputusan saya bukanlah sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Lain pula halnya dengan kawan2 dari sekolah harian. Bagi mereka keputusan saya itu sangat bagus. Saya menjadi seolah-olah ikon mereka. Berbalik kepada rendah diri tadi. Mungkin saya perlu rendah diri tetapi saya tidak akan sekali-kali membiarkan diri saya hanyut dengan perasaan itu sehingga saya memikirkan yang saya tidak layak untuk melakukan sesuatu. Bagi saya , or

HADIS RASULULLAH

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita. 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendakbersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekaka

SONET 2009 FASA II

Ada satu lagi sajak yang saya rasa best betul. susunan katanya walaupun dalam bahasa inggeris sangat indah sekali....... Saya memang respect ngan sahabat saya yang seorang ni. Jom kita baca nukilan dia....... Love is ever so beautiful Like the morning dews on blossoming roses Lifting its veil among the tall mountains Letting the sun rays seep through the clouds. But the love of a human being Never lasts long One will say enough is enough Or both will be separated by death. This love is but temporary The morning dew will evaporate The tall mountains may fall from earthquakes The sun rays will be shrouded by lightning clouds. What love lasts forever then Despair not for I will tell you There is nothing greater than the love of Allah That lasts forever and eternally. The love of Allah never disappoints Bringing us closer to Him Each time we remember Him Even death will not do us apart...

SONET 2009

Rasa nak kongsi pula, sajak yang saya dapat dari para sahabat saya di ILUVISLAM. Buat para sahabat ana minta maaf kerana memaparkan hasil nukilan ente semua........ Love ... Would make you blind But it matters when love blinds me from seing Allah’s light Love Would make you forget I don’t care to much if I couldn’t remember But it matter when love makes me forget Allah Love ... Makes you a fool I don’t care so much in being a fool But it matter if I am a fool in telling the difference between right and wrong Love makes you happy But why should I be happy When I should be grieving for disobeying Allah’s order Love needs a lot of sacrifice I am willing to sacrifice But why should I sacrifice, if it is not for Allah? Love.. Why should I love If it is not for Allah

BEST ARTIKEL

Hari tu baru aje explore laman web http://www.iluvislam.com/ . Rasa tertarik dengan salah satu daripada artikelnya. Pasal apa. Pasal CINTA. Kebetulan pula tengah free ni rasa nak muatkan artikel tu dalam blog ni. Buat tatapan di kemudian hari.......... Apa yang tertulis adalah luahan penulis tersebut secara peribadi. Dan bagi kita yang membacanya, hanya menilai dan mendalami lebih mendalam lagi apa yang cuba disampaikan. Tapi saya hanya muatkan sebahagian sahaja........Hehehehe.......Nak tahu lebih lanjut bolehlah layari laman webnya. Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gul