Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel homesick

AKU SENDIRI

aku sendiri bukan kerna lupa diri aku hanya membawa diri menjauh dari kalian yang lari katakan apa sahaja aku sombong atau lupa tak pernah punya masa ambil kisah tentang mereka aku tahu diri kenapa aku dibiar sendiri semuanya rahsia Illahi untuk kedepan yang tidak pasti tapi jujur aku kata ada rindu buat mereka yang dulu banyak berjasa bantu aku harungi pancaroba buat kalian yang dirindui aku mohon agar memahami mengapa aku senyap sepi tanpa berita membawa diri aku berdoa di suatu masa andai ada berita gembira aku tak akan lupa titip pesan buat mereka #ermahida

MARHABAN YA RAMADHAN

Marhaban Ya Ramadhan Bulan penuh kerahmatan Bulan penuh keampunan Buat mereka yang menghayati sepenuhnya Marhaban Ya Ramadhan Datangmu setahun sekali Penghulu segala bulan Bulan A-Quran diturunkan Dan malammu adanya malam Lailatur Qadar Satu malam yang terbaik dari Seribu malam di bulan lain nukilan ermahida

PENYAKIT NAK EXAM

Tiap kali nak exam, lagi2 bila first paper aku mesti ada penyakit pelik. Aku tak tahu lah kenapa perangai pelik ni makin menjadi-jadi. Makin bertambah teruk pun ada. Homesick , rindu dengan ummi, ayah , adik beradik , onyang semualah. Rindu dengan member2. Makin rajin aku melayan dan mencari member2 tersayang aku ni. Makin ligat di alam maya. Facebook , blog . Twitter lagilah. Lagi kuat aku meroyan. Drama melayu. Tak pernah dibuatnya aku suka melayan drama melayu ni. Tapi tiap kali nak exam mesti gila drama melayu. Melayan jiwang dn terlebih sweet diorang. Bergayut. makin selalu nak bergayut . Tak kisahlah sesiapa pun. Tapi yang selalu jadi mangsa mestilah ummi ngan adik aku. kalau ummi, dalam sehari sampa empat,lima enam kali aku telefon. Cukuplah nak dengar suara pun. Janji dapat lepas rindu. Flashback. Bila malam nak tidur, nak pujuk mata biar tidur adalah dengan flashback balik memori lama. Segala benda semua nak diflashbackkan. Imsonia. Memang susah nak tidur. Berjam-jam p...

AKU RINDU INTESABER

Saat kali pertama Surat tawaran dibuka Jujur aku tak sanggup membaca Apa lagi melihat dimana letaknya Gedung ilmu yang bakal kucinta Saat kali pertama Kaki dijejak di bumi bertuah ini Pepohon nyiur santapan mata Bayu laut menghembus lembut INTERSABER tercinta Walau jauh di ceruk kampung Tidak pernah gagal Melahirkan generasi pemangkin ummah Sungguh, aku rindu INTERSABER Rindu pada tarbiahnya Rindu pada kelembutan pendidiknya Rindu pada persahabatan yang tercipta Rindu segalanya tentang INTERSABER

UMMIKU SAYANG

Ummiku sayang Seringkali aku menyakitimu Seringkali aku melukai perasaanmu Seringkali kataku bagai sembilu menghiris hatimu Seringkali aku mengundang amarahmu Namun ketahuilah ummiku sayang Tiap kali hatimu kulukai Seribu kali hati ini terluka rasanya Tiap kali aku menyakitimu Tak terbendung air mataku menahan sakitnya Tiap kali aku meluahkan kata yang melukaimu Tidak terukir betapa kesalnya aku akan kata-kataku itu Tiap kali amarahmu kuhampiri Terasa sakitnya jiwa ini menahan gelodaknya Ummiku sayang Maafkanlah segala salahku Ampunkanlah segala silapku Aku sayang kamu, ummiku sayang nukilan ermahida

BINGKISAN RINDU BUAT AYAH

Ayah Dengarlah Hayatilah Bingkisan rindu dari anakmu yang jauh Kau, ayahku Lelaki yang paling aku sayangi Kau, ayahku Lelaki yang paling aku hormati Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Walau kau bukan seorang pensyarah Walau kau bukan seorang hartawan Mahupun seorang ustaz Kau hanya seorang peniaga pasar malam Jangan pernah kau risau Kerana aku bangga aku adalah anakmu Aku bangga dengan jerih payahmu Membesarkan kami adik-beradik Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Yang kerana kamu Aku belajar erti kegigihan Yang kerana kamu  Aku tahu Erti sebuah kehidupan nukilan ermahida

SEMINGGU INI

seminggu ini seminggu yang meresahkan seminggu yang memeritkan seminggu yang melelahkan seminggu ini seminggu yang mendera perasaan seminggu yang menguji kesabaran seminggu yang menduga kesetiaan seminggu ini  aku mencari bayangan dalam diam aku menyulam harapan  demi sebuah jawapan nukilan ermahida (01102014) DK 6, Egineering campus USM

AWAL MULA DIARI ALUNG

awal mula diari alung side corner for this blog ruang khusus untuk my lovely family ruang untuk alung berkisah bercerita dan mencatatkan momen2 penting bersama family mungkin agak cheesy dan mungkin a bit of show off but seriously my bad ini adalah kisah tuan blog bila mana pada masa yang sama  merupakan seorang alung dalam keluarga segala yang dicatat sekadar perkongsian ikhlas buat kenangan masa hadapan awal mula diari alung momento kasih dan rindu.... 

ARJUNA BETA ~~~~ FYNN JAMAL

Verse 1 Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur datang petir menyambar jengking dan ular– bonda takkan berundur nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa verse 2 kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi jalan betul, anakanda, tak jelas mata– ambil yang sarat duri hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela chorus ngeri tak terbayang mata bonda takkan ada sentiasa nanti moga kau tak lupa bonda memujukmu, anakanda hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa

UNTAIAN RINDU BUAT NENDA

Untaian rindu buat nenda satu momento khusus buat NEK EBE  yang sudah hampir dua tahun kembali ke Rahmatullah  dan baru tahun ini alung sempat menjenguk pusara NEK EBE. tiada kata yang dapat terungkap hanya tangis dan sendu meneman alung  di waktu petang itu saat makammu petama kali dijenguk dan sebaris kata yang terungkap saat itu adalah : "NEK EBE, alung datang ni " karna gigihnya dia  aku lahir di dunia karna tabahnya dia aku kenal bidadari duia karna adanya dia aku dilindung suria pencerah alam junjung kasih buat nenda attas bunda yang kami kasihi junjung kasih buat nenda atas nikmat hari ini serangkum Al-Fatihah buat nenda yang sudah tiada titipan rindu buat nenda yang perginya tak sempat kuiringi Makam putih sepi dingin pohonan kecil merimbun teduh pasir putih merusuh nyali saat aku bertafakur sendiri ditepi pembaringan nenda                      ...

AKU RINDU INTERSABER : ZENITH VERSION

susah payah saya membelek album member2 menstalk mana yang patut finally, i found this one inilah collage family besar zenithian ZENITHIAN is what so called of our batch at INTERSABER melihat collage ini  buat memori lama flash balik dalam fikiran walau samar2 ada sedikit sebanyak yang bisa mengubat rindu dalam hati and the picture above adalah family saya susah dan senang selama dua tahun hidup di intersaber 5 TAUFIQIANS seriously, missing them right now when im starting to write this entry ini pulak gambar depan kelas yang diambil oleh seorang sahabat SSSHHHHH adalah trademark kelas kami kelas paling senyap dalam sekolah memang well known famous sampai ada yang gelar kelas kami kelas bilik mayat sebab tak ada rupa ada benda bernyawa hidup dalam tue and ada jugak yang mention kalau jarum jatuh pun dengar actually, kami bukan senyap cuma most of the time  ada yang mungkin study tekun dan selebihnya layan...

ONE STEP AT A TIME ~~~JORDIN SPARKS

Hurry up and wait So close, but so far away Everything that you've always dreamed of Close enough for you to taste But you just can't touch You wanna show the world, but no one knows your name yet Wonder when and where and how you're gonna make it You know you can if you get the chance In your face as the door keeps slamming Now you're feeling more and more frustrated And you're getting all kind of impatient waiting [Chorus] We live and we learn to take  One step at a time There's no need to rush It's like learning to fly Or falling in love It's gonna happen and it's Supposed to happen that we Find the reasons why  One step at a time You believe and you doubt You're confused, you got it all figured out Everything that you've always wished for Could be or should be or would be yours If they only knew You wanna show the world, but no one knows your name yet Wonder when and where and how you're gonna make it You know you can if you get ...

SAYA ANAK SULUNG

tengah membelek-belek FB terjumpa satu gambar yang dikongsi oleh seorang sahabat dan laju mata membaca yalah, sebab ada kaitan dengan diri sendiri setakat ini ini adalah deskripsi terbaik yang pernah jumpa berkaiatn denga personaliti diri mengikut kedudukan dalam keluarga semua yang disenara itu memang terasa kena  cuma yang agak tidak betul untuk tuan punya entri adalah deskripsi NO 20 saya adalah orang paling susah nak bangun bila tidur lena lagilah kalau tidur mati dan yang NO 16 tu baru je tuan badan buat sebab nak sangat makan daging bakar punya pasal memasak saya hari nie overall, sangat suka gambar ini dan saya bangga saya anak sulung..

GOUT MENYERANG LAGI

perbualan dengan ummi tadi buat hati risau dan susah hati sedikit kata ummi ayah tak ikut berjual hari ni kena tinggal sensorang dekat rumah sebabnya gout datang menyerang lagi dan ayah tak bebas nak bergerak sangat aduhai bila dengar macam nie hati yang dikeraskan tak nak balik dah rasa macam nak gerakkan kereta pulang rasanya memang hint ummi suruh balik  sebab tak pulak berita ni dikhabarkan dekat budak uum tue yalah kalau yg di uum tue susah pulak kalau dia nak balik dalam risau memikirkan laju pula tangan mencari pasal gout  manalah tahu ada rahsia baru yang perlu kami tahu pasal gout dan natijahnya memang ada sedikit perkongsian yang dapat  melalui internet tentang gout Penyakit Gout  merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420  μ mol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ...