Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel INTERSABER

SELAMAT HARI GURU ~~~ TERIMA KASIH GURU

Terima kasih guru Untuk setiap ilmu yang diajar Untuk setiap didikan yang diberi Untuk setiap bait-bait kata yang dikongsi Terima kasih guru Tanpa pernah mengenal jemu Engkau setia dan ligat memberi Segala ilmu untuk dihadam oleh medulla oblongataku Terima kasih guru Dengan rela kutelaah formula-formula Yang hampir membakar cereberumku Terima kasih guru Dengan ikhlas kau mengenakan segala daya yang ada Untuk menggerakkan aku dari keadaan statikku Tanpa jemu kau membekalkan segala tenaga Agar aku dapat bergerak laju Terima kasih guru Kau umpama nucleus Sedaya upaya cuba Mengekalkan electron pada orbitnya Walau banyak penghadang yang menghalang Terima kasih guru untuk segalanya Terima kasih buat...

AKU RINDU INTESABER

Saat kali pertama Surat tawaran dibuka Jujur aku tak sanggup membaca Apa lagi melihat dimana letaknya Gedung ilmu yang bakal kucinta Saat kali pertama Kaki dijejak di bumi bertuah ini Pepohon nyiur santapan mata Bayu laut menghembus lembut INTERSABER tercinta Walau jauh di ceruk kampung Tidak pernah gagal Melahirkan generasi pemangkin ummah Sungguh, aku rindu INTERSABER Rindu pada tarbiahnya Rindu pada kelembutan pendidiknya Rindu pada persahabatan yang tercipta Rindu segalanya tentang INTERSABER

UNTAIAN RINDU BUAT SAHABAT

Untaian kata ini Khusus buatmu sahabat Untaian rindu ini pengganti diri Bacalah untaian kata ini Kala kau merinduiku Kala kau teringat kenangan kita bersama Sewaktu pena lincah melakar kata Bagai terbayang segala memori kita dahulu Senyum tawamu, gelak riangku Iramanya seolah kedengaran di cuping telinga ini Tangis senduku, masih kurasakan basahnya Rajuk muncungmu, masih jelas terbayang di mata Sungguh tak mampu membohongi diri Waktu bersamamu adalah yang terindah Masa seakan pantas berlalu Saat aku bersama kamu Aku ingin sekali kembali ke masa itu Melalui semula jejak memori kita Merakam setiap memori indah bersama Walau jarang berhubung Walau jarang bertanya khabar Aku ingin kau tahu Persahabatan ini tidak pernah putus Aku akan selalu merinduimu, sahabat

SERANGKUM DOA BUAT SAHABAT

Ya ALLAH, aku bersahabat dengan mereka dengan izin-MU Ya ALLAH, aku menyayangi mereka kerana kasihku pada-MU Ya ALLAH, aku mencintai mereka kerana ingin mencari redha-MU Ya ALLAH, sesunguhnya sahabatku ini telah menjalankan kewajipan mereka  Bersamaku dikala aku terasa hilang dari-MU Tidak melupakan aku ketika mereka mendapat rahmat dari-MU Ya ALLAH, dengan limpah kurniaMU Kurniakanlah balasan yang setimpal buat sahabatku ini Jauhkanlah mereka dari jalan orang yang tidak kau redhai Dekatkan mereka dengan orang yang sering mengingatkan mereka akan kewujudanMU Ya ALLAH, hanya satu pintaku Pertemukanlah kami semua di bawah naungan-MU Pertemukanlah kami semua dalam keadaan yang membahagiakan Pertemukanlah kami semua agar dapat kami menguatkan ukhuwah yang telah terjalin ini Ya ALLAH, dengan rahmatmu kami bertemu Dan kerana takdirmu jua kami berpisah Ya ALLAH, dengarlah doa hambamu ini Serangkum doa buat sahabatku semua ...

DULU AKU ADA KAWAN

Dulu aku ada kawan Kami asyik nak melawan Ada sahaja bahan Buat aku dan dia berlawan Satu waktu kami berpisah Hati dah mula keluh resah Menghitung hari nak berpisah Tapi dia lansung tak kisah Aku mula tertanya-tanya Siapa aku di hatinya Sahabatkah atau hanya kenalannya Akhirnya, aku hanya berserah pada-NYA Hari demi hari berlalu Hatiku makin pilu Teringat dia diriku haru Lalu aku hanya berteleku Tuhan kalau ini takdirMU Berpisah setelah bertemu Aku redha dengan kehendakMU Mungkin ini yang terbaik buatku nukilan ermahida

RUTIN JUMAAT DI INTERSABER

kadang-kadang bila ada masa dan peluang perasaan nak mengimarahkan JUMAAT tu datang dalam diri gagahkan juga diri untuk mengisi hari yang penuh mulia nie tapi kadangkala tinggal sekerat jalan jarang dapat dihabiskan surah kahfi  buat aku rindu pada  rutin jumaat di Intersaber bila mana pada masa itu Alhamdulillah boleh dikatakan jarang aku tertinggal untuk membaca surah kahfi lagi2 bila mana sesi sebelum Zuhur adalah tadarus beramai-ramai membaca surah kahfi bersama budak-budak dorm mula2 memang agak liat kadang2 cuba jugak untuk tuang tapi bila auranya sentiasa ada jadi satu kebiasaan rindu untuk buat halaqahkecil bersam budaak-budak dorm masing2 dengan feel sendiri ada yang mendengar sambil terangguk-angguk kepala ada yang sampai tertidur dan tidak kurang juga yang membaca pun kadang2 sampai hilang suara tapi itulah antara saat yang paling aku rindu kadanhkala terdetik juga hati untuk mengatakan ...

AKU RINDU INTERSABER : ZENITH VERSION

susah payah saya membelek album member2 menstalk mana yang patut finally, i found this one inilah collage family besar zenithian ZENITHIAN is what so called of our batch at INTERSABER melihat collage ini  buat memori lama flash balik dalam fikiran walau samar2 ada sedikit sebanyak yang bisa mengubat rindu dalam hati and the picture above adalah family saya susah dan senang selama dua tahun hidup di intersaber 5 TAUFIQIANS seriously, missing them right now when im starting to write this entry ini pulak gambar depan kelas yang diambil oleh seorang sahabat SSSHHHHH adalah trademark kelas kami kelas paling senyap dalam sekolah memang well known famous sampai ada yang gelar kelas kami kelas bilik mayat sebab tak ada rupa ada benda bernyawa hidup dalam tue and ada jugak yang mention kalau jarum jatuh pun dengar actually, kami bukan senyap cuma most of the time  ada yang mungkin study tekun dan selebihnya layan...

MASA MEREKA TELAH TIBA

berhenti sebentar dari membuat assingment mata berkalih ke ruang FB rasanya sudah lama tak melihat perkembangan sahabat2 dan guru2 lama terus tangan laju menekan wall INTERSABER tercinta mata tak terkelip tangan terkaku dan hanya mulut laju mengucapkan lafaz yang satu dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali jujur tak sangka dan bukan berita ini yang ingin dilihat semenjak kebelakangan ini satu demi satu khabar sampai tentang mereka yang telah meninggalkan kita ada diantaranya meninggal kerana sakit tua ada pula kerana sesuata yang tak dijangka dan ada pula yang lebih muda dari kita telah pergi kembali ke sisi PENCIPTA benarlah janji ALLAH maut itu pasti dan dia buta hati buta mata tak kenal siapa sama ada muda atau tua sama ada kaya tau miskin sama ada sihat atau sakit masa mereka telah tiba hanya AL-FATIHAH jadi penghubung dan bagi yang masih hidup kita hanyalah tetamu senja yang entah bila akan dijempu...

ENGKAU BUSY APA ?

pernah tak kena tanya soalan yang menduga iman macam ni : e ngkau busy apa ? tak nampak apa2 pun well, jawapan untuk soalan macam ini senang jer kalau sibuk macam mana pun,  perlu ke show kat orang apa yang saya sibukkan kalau rasa nak bagi jawapan kurang didikan sikit bolehlah try jawab macam ini : did I owe ur expalanation  ini tolak tepi untuk golongan yang kaki sibuk hal orang yerk sebab kadang2 kebanyakan kita sibuk dan sibuk dia mungkin tak akan nampak oleh orang2 di sekeliling kita nie bukannya artis yang bila schedule busy tunggulah dalam dua tiga bulan or paling lambat pun tahun depan confirm orang akan nampak album tengah jual atau mungkin filem sedang tayang di pawagam kita ini orang awam yang mana sibuk memang sibuk tapi apalah yang kita boleh buktikan dekat orang bila ada yang tanya kita sibuk buat apa kadangkala terfikir jugak kalau sempat tiap2 orang yang tanya  sibuk buat apa dan saya jawab deng...

BUDAK BATCH NAK KAHWIN

setelah lama tak bukak FB and mengusha group THE ZENITH WAAAHHHHHH budak batch aku sudah nak kahwin maaa aduhai.. terjelopok jantung sekejap bila baca jemputan ingatkan kakak or abang dia rupanya tuan punya post jemput ke majlis sendiri waaaahhhh terus muka aku merah dan meremang sekejap rasa tak sangka kowt terasa sudah tua dan bukan budak2 lagi bila sedar kawan batch kat intersaber sudah nak kahwin aku dengan dia memanglah tak sekelas tapi kami agak rapat jugak dulu sebab dia buadak baru dan aku budak baru and ingat jugaklah masa mula2 masuk dulu aku selalu jugak lepak time riadah dengan dia before aku join team memanah so untuk sahabat aku ini  insyaallah kalau 14 SEPTEMBER tue takder paper hal aku akan gagahkan kaki jugak tuk datang mana boleh tak datangkan kawan kahwin kowt sudahlah first person in our ZENITH family yang bakal dirikan masjid TAK SABAR NAK JUMPA DIA AND TAK SABAR NAK GATHER SAMA2 DENGAN KAWA...

HARAPAN BUAT SAHABAT

jiKA hARi iNi DirikU teRlalU gEMbirA dGn dUNiaWi... sEDarkANlaH aKU dGn aMAraN ALLaH. JiKA aKu beRSediH ....  puJUkLaH aKu dGn TarBiAH PeNcipTA. JiKA aNTaRa KitA aDa teMboK peMisAH ....  LeRAikaN ia dGn ukHWah.  Dan ...... JiKA peRNaH haTimU teRluKa LaNTarAN siKApku  LuaHKanLaH aGar aKU bERuBaH. NaMuN sATu PinTAku,  bERjanjiLaH .....  uKHwaH kiTa UnTuk SeLAmANya .......

MENIKMATI DAMAI ABADI ~~~ TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya aku cari bukan kawan untuk hidup sekadar berfoya-foya aku cari mana dia Al-Ghazali aku cari mana dia As-Shafie kita bongkar rahsia kitab suci cari pedoman kita bongkar rahsia sunnah Nabi cari panduan aku hidup kerana dia Rabbi dialah TEMAN dialah WALI dia mencukupi aku hidup beerti MENIKMATI DAMAI ABADI

TEMAN PENGGANTI ~~~~~~ MALIQUE FT BLACK

Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka Beberapa purnama dulu cinta bertahta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya, bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah *Rahsia ini Telah lama aku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak...