Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

RINDU KAMPUNG HALAMAN

sungguh aku rindu pada damainya daun nyiur melambai saat kapal berlabuh di pelabuhan sungguh aku rindu pada hamisnya bau ikan saat beca yang dinaiki melalui pelantar sungguh aku rindu pada hiruk pikuknya suasana pekan  saat ku lewati untuk pulang  lambaian nyiur hamisnya bau pelantar riuhnya suasana  membuat aku rindu pada kampung halaman tanjung balai asahan selalu dihati

RIJAL IDAMAN

yang dicari walau bukan putera raja biarlah putera agama yang diimpi biarlah tak punya rupa asal sedap dipandang mata yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani asalkan sihat rohani sempurna hati yang diharap bukan jihad pada semangat asal perjuangannya ada matlamat yang datang tak perlu rijal gemilang kerana ana serikandi dengan silam yang kelam yang dinanti bukan lamaran dengan permata cukuplah akad dan janji setia dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati ana redha ketetapan illah itulah ketentuan sejak azali

PUJAAN HATI

kalau aku diberi ruang ingin sekali aku luahkan betapa rindunya aku pada kamu, pujaan hatiku ingin sekali aku nyatakan betapa sayangnya aku pada kamu, pujaan hatiku kalau aku diberi peluang akan kupilih untuk bersama kamu, pujaan hatiku kalau aku diberi peluang akan ku pilih untuk selalu  punya waktu bersama kamu hanya kamu, pujaan hatiku duhai pujaan hati  rasa apakah yang menggila di hati asyik sungguh mulut ini  ingin  menyebut nama kamu asyik sungguh mata ini  ingin melihat kamu asyik sungguh telinga ini ingin mendengar suaramu hanya kamu, pujaan hatiku duhai pujaan hati adakah bahgia akan tiba saat kau punya rasa yang sama dan sehingga itu aku cuba untuk setia dan sabar menanti saat kau pujaan hatiku hadir membawa aku bersama kamu ke mahligai indah milik kita berdua ermahida (090713)

VISI DAN MISI JKR

VISI JKR KAMI AKAN MENJADI  PUSAT KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN DAN  INFRASTRUKTUR  DENGAN MENGGUNAKAN KREATIVITI DAN INOVASI MODAL INSAN  SERTA TEKNOLOGI TERKINI MISI JKR KAMI ADALAH JABATAN TEKNIKAL YANG TERUNGGUL DALAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR NEGARA KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI BIDANG KEPAKARAN BAGI MEMASTIKAN AMALAN TERBAIK DALAM PERUNDINGAN TEKNIKAL PENGURUSAN PROJEK DAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN ASET/KEMUDAHAN KAMI BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN KUALITI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK KEPADA SEMUA KAKITANGAN KAMI MENGHARGAI SERTA MENGAMALKAN KEUTUSAN DAN KETELUSAN KAMI KOMITED UNTUK BERUSAHA KE ARAH PEMBANGUNAN LESTARI DEMI MANFAAT GENERASI HARI INI DAN AKAN DATANG

MEMOIR PADU 2013 : DARI TRANSKRIAN KE KOTA BHARU

dari transkrian ke kota bharu perjalanan yang ditempuh bukanlah sekejap perjalanan yang ditempuh bukanlah mudah tidak tahu sama ada kami dikira bernasib baik atau tidak kami diletakkan di dalam van jujurnya, agak selesa kerana sedikitnya bilangan yang naik membolehkan aku berlatih sendirian dan mencari ilham membuat pantun persediaan mana tahu kami dapat melepasi pusingan kelayakan cuma agak ralat kerana seorang teammate ditempatkan didalam bas dan bukan bersama kami molek kiranya untuk masa hadapan  kami diletakkan di dalam kenderaan yang sama jadi bolehlah masa yang panjang digunakan sebaiknya untuk lebih mengenali antara satu sama lain untuk lebih mengeratkan lagi keserasian antara kami jujur ada antara kami yang masih malu dan segan antara satu sama lain dari transkrian ke kota bharu perjalanan kami merentas empat negeri pulau pinang-kedah-perak dan akhirnya kelantan dalam perjalanan kami singgah sebentar merehatkan diri menunaikan

PADU 2013 : PANTUN PENGENALAN

 dari utara ke pantai timur  hamba kelana bersama taulan berbalas pantun bukan bertempur  apa yang kurang dicaci jangan diiring restu ayah dan bunda ke negeri kelantan bermadah kiasan berbalas pantun kanda dan dinda berganding bahu menjulang warisan  warga kelantan santunnya mewah elok pekerti manis bicara berbalas pantun menjalin ukhuwan mencapai cita kampus sejahtera

PERKONGSIAN : MENCARI ERTI SEBUAH KESUNYIAN

secebis luahan rasa dari tuan blog  YANGTERINDAH   berkongsi rasa tentang mencari erti sebuah kesunyian : kdang2 terasa diri ini ketinggalan zaman kdang2 terasa diri ini kerdil dek kerana tiada seorang bernama "kekasih" ketika melihat rakan2 yang lain bergelak ketawa.,brgurau senda dgn "cinta hati" pasti sedikit perasaan ingin berkasih turut wujud kdg2 ku cuba membayangkan jika aq begitu alangkan indahnya dunia ada yang bertanya khbar ada yang mengambil berat ada yang mengasihani ada yang mencintai alangkah indahnya!!!! saat itu mula perasaan ingin berkasih berbuak buak.. hahaha... tapi bila ku dduk ,,, ku renung... msih ada tanggungjawab yang lebih besar harus ku pikul ya..tnggungjwab sebagai seorang anak dan tanggungjawab sbgai seorang hambaNYA ku cuba tenangkan hati.. ku cuba redakan perasaan saat ini..ku terfikir mungkin ujian dari illahi saat diriku kini dikeliling oleh rakan2 yang ber"kasih" ku harus kuat...kerana ku pasti bila ku turut sama ber&qu

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA ~~ HAMKA

Di atas runtuhan Melaka lama Penyair termenung seorang diri Ingat Melayu kala jayanya Pusat kebesaran nenek bahari Di atas munggu yang ketinggian Penyair duduk termenung seorang Jauh pandangku ke pantai sana Ombak memecah di atas karang Awan berarak mentilau bernyanyi Murai berkicau bayu merayu Kenang melayang ke alam sunyi Teringat zaman yang lama lalu Sunyi dan sepi, hening dan lingau Melambai sukma melenyai tulang Arwah Hang Tuah rasa menghimbau Menyeru umat tunduk ke Tuhan Di sini dahulu alat kebesaran Adat resam teguh berdiri Duduk semayam Yang Dipertuan Melimpahkan hukum segenap negeri Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah Satria moyang Melayu jati Jaya perkasa, gagah dan mewah ‘Tidak Melayu hilang di bumi’ Di sini dahulu payung terkembang Megah Bendahara Seri Maharaja Bendahara yang cerdik tumpuan dagang Lubuk budi laut bicara Penyair menghadap ke laut lepas Selat Melaka tenang terbentan