Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

KESAKITAN ATAS PENGKHIANATAN

kesakitan yang kurasakan ini  terlampau sakit rasanya tidak terbendung lagi karna sebuah pengkhianatan dalam suatu perhubungan diukir dengan pelbagai ragam warna manusia akhir zaman persaudaraan atas perkongsian darah ini semakin terlerai ikatannya semakin jauh jaraknya sentiasa dipalit dengan calitan iri hati sentiasa disiram dengan api dendam sentiasa dilempar dengan kisah-kisah bohong mainan mulut yang seringkali menghiris luka pedih dan dalam di sudut ruang bernama hati

nukilan penuh puitis : ermahida 11 FEBRUARI 2012

KENAPA HARUS KITA

bila malam kulihat indahnya cahaya bulan gemilangnya sinaran bintang menghiasi dada langit
saban waktu
tika siang
keindahan itu menghilang
terlindung di sebalik
megahnya sinar sang suria
apakah seperti itu jua
sayangmu padaku kasih
sebentar menyinar
kemudian malap
kerana egomu, aku tersiksa
kerana egoku, aku menderita
memendam rasa sesal 
yang tak kunjung sudah
memendam rasa rindu
yang kian membara
kenapa, kenapa
kerana ego, kita kehilangan semuanya
kerana ego, yang ada disisihkan
kenapa itu berlaku
kenapa harus kita...




nukilan : ermahida
16 JUN 2006