Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

RAHSIA HATI

aku punya satu rahsia ingin sekali ku ceritakan pada dunia ingin sekali ku khabarkan pada dia rahsia hati tentang dia
tapi rahsia ini aku pendam sendiri kerana aku sendiri tidak pasti apakah sebenanrnya mahu hati
kadangkala ada rindu untuk dia  kadangkala ada sayang untuk dia  kadangkala ada risau untuk dia  kadangkala ada peduli untuk dia 
saat dia datang menyapa walau cuma bertanya berita walau hanya lewat kata-kata aku rasa dunia seolah aku yang punya
bicaranya menghiburkan hati pesan-pesannya jadi azimat diri senyumannya walau hanya dalam memori bisa bikin menceriakan diri
aku rindu dia, itu aku pasti aku sayang dia, itu aku pasti aku cinta dia, itu aku tidak pasti adakah dia jodoh hakiki, itu rahsia ILLAHI
rahsia hati ini mohon sampai di sini jangan bilang sesiapa ya apalagi pada dia !!
ermahida 12.10 am sh2013 lembaran

AKU INGIN LARI

rutin hidup yang makin payah aku lalui penuh lelah kadangkala aku rasa lemah dengan cabarang yang kian susah
niat jahat terbit di hati aku ingin sekali lari terasa payah hati dan diri untuk terus berdiri di sini
hanya impian penguat rasa disamping restu keluarga tercinta didorong senyum teman setia ku cekalkan hati mencapai jaya
kerapkali ku pesan pada diri jangan mahu putus asa lagi harus kuat cekalkan hati menggapai jaya di kendian hari

ermahida 11.52 pm SHO2 lembaran