Aku
sang pungguk
Yang
menantikan bulannya
Mengharapkan
kasih yang tidak pernah kunjung tiba
Namun,
aku masih setia
Menjadi
seorang perindu
Walau
aku tak pasti rindu itu untuk siapa
Kadangkala
aku rasakan
Diriku
sangat dungu
Aku
menyanyi memanggil bulanku
Mengalunkan
lagu cinta tak kesampaian
Tetapi
lagu itu untuk siapa
Aku
hampa
Tapi
hampa itu untuk apa
Jika
tiada siapa cuba mengerti
Akhirnya
aku sedari
Semuanya
adalah silapku
Yang
tidak mahu pernah cuba
Untuk mengungkapkan makna lagu ini
nukilan ermahida
Ulasan
Catat Ulasan