Awal mula kisah
Kami berdua di taman penuh kumbang
Dua purnama menjelma
Tinggal aku, sekuntum bunga di taman penuh kumbang
Jadi sekuntum bunga
Bukan selalunya senang
Kadangkala ada sukar yang datang
Menguji kentalnya si bunga
Kumbang seringkali jadi teman bermain
Kumbang juga jadi dahan pautan
Namun bunga perlu sering berwaspada
Lumrah kumbang memburu madunya bunga
Tapi, bunga sering rasa bertuah
Akan adanya kumbang di sisi
Kerana adanya mereka, kumbang penuh di taman
Bunga rasakan dialah bunga
istimewa
Ulasan
Catat Ulasan