Langkau ke kandungan utama

SERANGKUM DOA BUAT SAHABAT


Ya ALLAH, aku bersahabat dengan mereka dengan izin-MU
Ya ALLAH, aku menyayangi mereka kerana kasihku pada-MU

Ya ALLAH, aku mencintai mereka kerana ingin mencari redha-MU
Ya ALLAH, sesunguhnya sahabatku ini telah menjalankan kewajipan mereka 

Bersamaku dikala aku terasa hilang dari-MU
Tidak melupakan aku ketika mereka mendapat rahmat dari-MU
Ya ALLAH, dengan limpah kurniaMU

Kurniakanlah balasan yang setimpal buat sahabatku ini
Jauhkanlah mereka dari jalan orang yang tidak kau redhai

Dekatkan mereka dengan orang yang sering mengingatkan mereka akan kewujudanMU


Ya ALLAH, hanya satu pintaku
Pertemukanlah kami semua di bawah naungan-MU
Pertemukanlah kami semua dalam keadaan yang membahagiakan
Pertemukanlah kami semua agar dapat kami menguatkan ukhuwah yang telah terjalin ini
Ya ALLAH, dengan rahmatmu kami bertemu

Dan kerana takdirmu jua kami berpisah
Ya ALLAH, dengarlah doa hambamu ini

Serangkum doa buat sahabatku semua

nukilan ermahida

Ulasan