tipu, kalau aku kata tak rindu
tipu. kalau aku kata tak mahu bertemu
tipu, kalau jiwa tak bersenandung sendu
buat kasih jauh berbatu
tapi sudah berkali-kali
aku pesan pada diri
aku harus tabahkan diri
setiap berlalunya hari
kerna aku yakin dan pasti
jodoh itu rahsianya ILLAHI
jika rasa itu pasti
kau pasti hadir suatu hari
melafaz akad penuh janji
menyatukan dua hati
takkan terpisah sampai mati
ermahida
(05112014) 1200
Ulasan
Catat Ulasan