Langkau ke kandungan utama

AKU WANITA SALJU


aku
wanita salju yang misteri
hatiku tak pernah tahu erti rindu
dan aku paling benci menanti 
namun 
kerana hadirnya
kamu
lelaki hijau yang berbudi
mengajarku apa itu rindu
membuat aku sabar menanti setiap kehadiranmu

dulu
hatiku keras umpama keluli
tidak pernah goyah
dengan kata penuh romantis
namun
bila hadirnya
kamu
hati keluliku cair
umpama ditempa sahaja
lewat gaya santaimu
lewat gurauanmu
lewat kata-kata manismu

acapkali 
bila kau santai melafazkan rindu
hatiku berhenti berdetak
nafasku berhenti di kerongkongan
dan aku jadi pinar seketika
maafkan aku 
kiranya kamu serius dalam katamu
dan aku balas sambil lewa
ketahuilah
aku wanita salju 
yang canggung bermadah rindu
yang canggung bermadah kasih
dan aku lebih canggung lagi
bila yang melafazkan rindu
adalah kamu
lelaki hijau yang berbudi
yang mendapat tempat di hati
aku, wanita salju

nukilan : ermahida

Ulasan