Langkau ke kandungan utama

JKR CKM, DISINI BERMULA



Disini semuanya bermula
Kisah aku dan mereka
Kisah aku
Yang baru mahu mengenal erti kehidupan
Kisah mereka
Yang sebelum ini tak pernah aku kenali
Kisah tentang kami 
Yang baru mahu mengenal dunia kerjaya
Kisah ini penuh coretan
Kisah ini penuh calitan warna warni kehidupan

Saat kali pertama
Mata melihat papan tanda JKR CKM
Hati terasa laju berdetak
Papan bisu itu seakan
Mengalukan kehadiran aku ke tempat ini
Diri seolah dalam mimpi
Lidah kelu tanpa bicara
Akal tak dapat membayangkan
Apa yang bakal aku lalui

Namun, aku bersyukur 
Aku sering dirahmati yang Esa
Kehadiran mereka membuang gundahku
Kehadiran mereka menceriakan hidupku
Kehadiran mereka mengajar aku tentang banyak perkara
Kehadiran mereka juga banyak menyedarkan aku tentang erti persahabatan

Jujur, aku akui
Kisah aku dan mereka sangat bermakna dalam perjalanan hidupku
Mereka mengajar aku untuk syukur tentang segala yang kita ada
Mereka mengajar aku untuk cuba menerima keadaan yang kita lalui
Dari mereka juga
Aku temui persahabatan yang dulu aku rindui
Dan sebab mereka 
Aku mendapat semula persahabatan yang hampir aku lupai

JKR CKM, disini kisah kami bermula
Kisah yang akan terpatri kuat
Tersusun indah
Dalam kotak memori


Ulasan