Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nukilan syahdu

LIFE IS TOO SHORT

life is too short to be waste life is too short to make an enemy life too short to think about the past life is too short to sit around and doing nothing believe me, pals because I speak from the truth because I speak from the pain because I speak from the experience I learnt my lesson enough for me not to waste my life anymore for me to easily forgive people's mistake  for me to beg for a forgiveness for me to let go the past for me to keep move on with life for me let the memory in heart not in mind I may look cheerful to you I may look strong to you I may look optimist to you but what make who I am today you will wish not to have it my dark and saddest past I will not regret it because all of those pain make the strong and the optimist me this is hurdle that I need to pass this is my journey I shall not regret what i had done with my life because the best lesson is from the bitter experience and once for all I belie...

AKU SENDIRI

aku sendiri bukan kerna lupa diri aku hanya membawa diri menjauh dari kalian yang lari katakan apa sahaja aku sombong atau lupa tak pernah punya masa ambil kisah tentang mereka aku tahu diri kenapa aku dibiar sendiri semuanya rahsia Illahi untuk kedepan yang tidak pasti tapi jujur aku kata ada rindu buat mereka yang dulu banyak berjasa bantu aku harungi pancaroba buat kalian yang dirindui aku mohon agar memahami mengapa aku senyap sepi tanpa berita membawa diri aku berdoa di suatu masa andai ada berita gembira aku tak akan lupa titip pesan buat mereka #ermahida

BUKAN PATUNG TANPA HATI

aku mohon hati  hanya kali ini kenanglah sepuas nyali buat kau yang dirindui aku pesan pada hati bila suria muncul diri hapuskan semua memori lupakan kau yang menyendiri aku hairan sendiri kamu seolah tahu rasa hati bila kau kucuba lupai kau hadir munncul diri andai kamu pasti  aku kekal disini kamu salah erti aku bukan patung tanpa hati bila lelah menanti bila kasih dibiar sepi buka langkah kaki  aku pasti cabut lari #ermahida

SELAMAT MALAM MASA LALU

selamat malam masa lalu mohon jangan lagi cari aku bila kamu rasa perlu aku sudah jemu  diperlaku sesuka hatimu aku jadi buntu walau mulut katanya jemu tapi ada rindu buat kamu yang pernah ceriakan malamku dengan usikan keletah lucu #ermahida

RINDU HADIR LAGI

Rindu itu hadir lagi Entah untuk yang ke berapa kali Hati terasa ingin tahu sekali Apa khabar kamu yang tiba2 menyepi Walau acap kali Aku pesan pada diri Usah simpan rindu lagi Namun hati terus berdegil Lalu aku biarkan sendiri Biar rindu bertamu di hati #ermahida

DI BAWAH AWAN BIRU

di atas bumbung ungu di bawah awan biru ada tangis penuh sendu membawa hati merindu merindu pada kamu merindu masa lalu kisah masa lalu kisah yang terbuku penuh kenangan syahdu antara aku dan kamu dan di bawah biru ada tangis yang merindu

RINDU DATANG LAGI

purnama demi purnama berganti  rindu itu datang lagi menusuk kalbu merusuh nyali  siang mencari malam termimpi rindu yang hadir dalam hati puas ku cuba tolak ke tepi kerana aku lelah menanti  pada dia yang tidak pasti aku cuba gagahkan diri hilangkan ridu bertamu di hati akhirnya aku berteleku sendiri cubaanku gagal buat sekian kali #ermahida

MARHABAN YA RAMADHAN

Marhaban Ya Ramadhan Bulan penuh kerahmatan Bulan penuh keampunan Buat mereka yang menghayati sepenuhnya Marhaban Ya Ramadhan Datangmu setahun sekali Penghulu segala bulan Bulan A-Quran diturunkan Dan malammu adanya malam Lailatur Qadar Satu malam yang terbaik dari Seribu malam di bulan lain nukilan ermahida

APA SALAHKU

apa salahku bila kita tak lagi seperti dulu bila setiap kiriman whassapku dibaca tanpa dibalas apa salahku puas aku mencari dimana silapnya adakah ada terlajak kata adakah ada terkasar bahasa apa salahku ingin sekali kutanyakan padanya tapi akal dan ego menegah biarkanlah dia begitu mungkin dia sudah jemu atau mungkin dia mahu menyendiri dan aku terus gelisah sendiri menanti balasan darinya #ermahida

TAMU SEMENTARA

Tak usah aku khabar  Tentang semua yang dirasa Pada kamu yang saat ini Beraja di hati Kamu hanya tamu sementara Yang hadirnya cuma sebentar Entah bila kamu akan pergi Mungkin tanpa pamitan akhir Dari awal puas kuingatkan Jangan mudah jatuh hati Namun hati tetap degil Lalu bayangmu sentiasa ku cari Aku tak pernah salahkan kamu Kerana aku selalu tahu Kamu hanyalah tamu sementara Sekadar datang menghilang lelah Menumpang teduh kasih yang ku beri nukilan ermahida

ADAKAH KAU CUKUP BERANI ?

Adakah kau cukup berani? Untuk dibenci oleh semua  Untuk dipulau oleh semua Hanya kerana kau berbeza dari yang lain Adakah kau cukup berani? Untuk dibenci oleh semua Hanya disebabkan pemikiran yang berbeza Walau kau tahu Dan mereka juga mengakui Bahawa kau di pihak yang benar Adakah kau cukup berani? Untuk berseorangan di dalam perjalanan Tanpa ada sesiapa yang menemani Untuk bersendirian di malam sepi Tanpa ada teman di sisi Adakah kau cukup berani? Membiarkan yang lain  Terus memandang sinis padamu Dan kau hanya tersenyum Sambil berserah pada ketentuan Yang Esa Adak...

LOVE TWEET PT2

aku merenung di dada langit meratap malam cerah disinar rembulan walau tanpa dipagar bintang berjuta cahaya rembulan menyimbah wajah aku termangu sendiri  meratap rindu pada sang kasih betapa mampu kubisikkan rasa ratapan rindu di bawah sinar rembulan

SELAMAT HARI GURU ~~~ TERIMA KASIH GURU

Terima kasih guru Untuk setiap ilmu yang diajar Untuk setiap didikan yang diberi Untuk setiap bait-bait kata yang dikongsi Terima kasih guru Tanpa pernah mengenal jemu Engkau setia dan ligat memberi Segala ilmu untuk dihadam oleh medulla oblongataku Terima kasih guru Dengan rela kutelaah formula-formula Yang hampir membakar cereberumku Terima kasih guru Dengan ikhlas kau mengenakan segala daya yang ada Untuk menggerakkan aku dari keadaan statikku Tanpa jemu kau membekalkan segala tenaga Agar aku dapat bergerak laju Terima kasih guru Kau umpama nucleus Sedaya upaya cuba Mengekalkan electron pada orbitnya Walau banyak penghadang yang menghalang Terima kasih guru untuk segalanya Terima kasih buat...

PERSOALAN HATI

Kadangkala dapatku rasakan  Aku sudah tahu jawapannya Ya, jawapan kepada persoalan hatiku ini Jawapan yang telah lama aku cari Namun, aku cuba untuk menafikan Karna aku takut  Takut kalau jawapan itu bukan yang sebenarnya Persoalan hati Siapa yang selama ini aku nanti Siapa yang selama ini menghuni hati Siapa yang selama ini menyimpan kunci untuk masuk kedalam hati ini Dulu, ku kira Dia yang menyimpan kunci ini Membuat aku tidak pernah memandang yang lain Membuat hatiku keras  Yang membuat aku sentiasa tercari bayangnya Sentiasa merindukan kehadirannya ...

MOVE ON

move on easy to say, hard to do it's not easy to move on it's difficult, yeah but it's not impossible so, let's try harder let's gather all of the strength let's move on #ermahida

CRYING OUT LOUD

crying out loud on a lonely morning in a deserted room with a broken heart hopefully tomorrow tears would dry and smile would adorn again along with a peaceful sunshine #ermahida

KALAU AKU TAHU

kalau aku tahu begini sakitnya hati terluka tak akan aku hampiri yang namanya cinta kalau aku tahu begini sakitnya hati merindu tak akan aku berikan ruang di hati untuk kamu #ermahida

IKRAR CINTA ~~~ CILOK FROM MY TWEET

kata kau kita tidak pasti apa yang menanti badaikah yang dihadapi atau pelangi menghias hari dan aku mengiyakan lalu kita berjanji bila kita saling mengecapi impian diri rasa itu akan terpatri andai tidak betah menanti kita saling bisa mencari yang lain #ermahida

PANTUN CINTA ~~ CILOK FROM MY TWEET

berhias tandu daun selasih raja dewata megah berarak kemarau rindu menghakis kasih goyahlah cinta dicumbu jarak pena dilarik mengukir kalam kalam ditulis atas suasa wahai angin sampaikanlah salam salam rindu curahan rasa tumbuh tinggi pohon akasia singgah kelana memahat kenangan pemilik cinta biarlah rahsia silalah tunngu kiriman undangan Tengah menggeledah arkib twitter, terjumpa pantun ini Kalau dikenang balik, terasa lawak dan kelakar. Waktu tu rasanya tengah jakun lagi dengan twitter. Tak sah kalau tak sehari mengtweet.  Tak pasti pantun ini tentang apa dan siapa. Tapi bila check tarikh, macam dekat dengan waktu PADU. So, maybe semangat berpantun tiba-tiba datang berdamping.  Aku rasa mesti waktu tu, follower aku banyak yang muntah hijau. Aku pun sekarang bila baca balik pantun ni, rasa nak hentak kepala kat meja ja. It's so cheesy.