aku punya satu rahsia
ingin sekali ku ceritakan pada dunia
ingin sekali ku khabarkan pada dia
rahsia hati tentang dia
tapi rahsia ini
aku pendam sendiri
kerana aku sendiri tidak pasti
apakah sebenanrnya mahu hati
kadangkala ada rindu untuk dia
kadangkala ada sayang untuk dia
kadangkala ada risau untuk dia
kadangkala ada peduli untuk dia
saat dia datang menyapa
walau cuma bertanya berita
walau hanya lewat kata-kata
aku rasa dunia seolah aku yang punya
bicaranya menghiburkan hati
pesan-pesannya jadi azimat diri
senyumannya walau hanya dalam memori
bisa bikin menceriakan diri
aku rindu dia, itu aku pasti
aku sayang dia, itu aku pasti
aku cinta dia, itu aku tidak pasti
adakah dia jodoh hakiki, itu rahsia ILLAHI
rahsia hati ini
mohon sampai di sini
jangan bilang sesiapa ya
apalagi pada dia !!
ermahida
12.10 am
sh2013 lembaran
Ulasan
Catat Ulasan