Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

BINGKISAN RINDU BUAT INSAN BERNAMA LELAKI

Seumur hidup aku Ini yang pertama Pintu hatiku diketuk Oleh dua wanita Punyai ciri selama ini kucari Berbeza wajah ayunya tetap pasti Begitu kontranya petikan lagu diatas yang dipetik dari nyanyian UKAYS dengan kisah ku, seorang insan yang bergelar wanita. Sepanjang hidupku, dari dulu hingga kini ( pada kali terakhir hati ini di'check') hanya ada seorang lelaki yang dari dulu hingga kini dia setia di tempat teratas carta hatiku. Ya, lelaki itu adalah lelaki yang paling aku kagumi, hormati dan paling aku sayangi walau kadangkala atau mungkin setiap masa lelaki itulah yang sering menjadi teman bergaduhku. Ya, mungkin lelaki itu tidak sekacak Tom Cruise atau tidak seromantik Aaron Aziz namun bagi aku dia adalah lelaki yang paling istimewa dalam hidupku. Ya, dialah lelaki itu, ayahku Sulfan Syah Bin Mahyuddin. Benar, ayah bukannya seorang yang berpelajaran tinggi mahupun seorang jutawan yang memiliki wang berjuta-juta di dalam bank. Dia hanyalah peniaga kecil y

DAN AKU TERSENYUM

Dan aku tersenyum  tatkala teringat waktu kita berdua bersama Gelak tawa mu , senyum riangku, Ah.. indahnya saat itu seperti dunia ini hanya ada kau dan aku... Dan aku tersenyum duka, saat ku sedari realiti yang sebenarnya  kau dan aku kita sudah tidak seirama lagi Dan aku terus tersenyum karna saatku rasakan  dunia seperti tidak adil bagiku ku dititipkan seorang insan bernama sahabat yang dengan lembutnya menyedarkan aku  erti sebuah persahabatan Dan aku masih tersenym karna kata sahabatku kehidupan adalah satu eksperimentasi yang kadangkala memeritkan sentiasalah bermusahabah diri karna kasih ILLAHI sentiasa disisi.... dinukilankan oleh ermahida Bilik SH2126 Lembaran Kampus kejuruteraan USM