berhenti sebentar dari membuat assingment
mata berkalih ke ruang FB
rasanya sudah lama tak melihat perkembangan
sahabat2 dan guru2 lama
terus tangan laju menekan wall INTERSABER tercinta
mata tak terkelip
tangan terkaku
dan hanya mulut laju mengucapkan lafaz yang satu
dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali
jujur tak sangka
dan bukan berita ini yang ingin dilihat
semenjak kebelakangan ini
satu demi satu khabar sampai
tentang mereka yang telah meninggalkan kita
ada diantaranya
meninggal kerana sakit tua
ada pula kerana sesuata yang tak dijangka
dan ada pula
yang lebih muda dari kita
telah pergi kembali ke sisi PENCIPTA
benarlah janji ALLAH
maut itu pasti
dan dia buta hati buta mata
tak kenal siapa
sama ada muda atau tua
sama ada kaya tau miskin
sama ada sihat atau sakit
masa mereka telah tiba
hanya AL-FATIHAH jadi penghubung
dan bagi yang masih hidup
kita hanyalah tetamu senja
yang entah bila akan dijemput pulang
dan sehingga itu
teruslah tetap bertahan
harus kuat beramal
moga saat kita dijemput sang PENCIPTA
kita kembali dalam keadaan sebaik-baiknya
Ulasan
Catat Ulasan