Terima kasih guru
Untuk setiap ilmu yang diajar
Untuk setiap didikan yang diberi
Untuk setiap bait-bait kata yang dikongsi
Terima kasih guru
Tanpa pernah mengenal jemu
Engkau setia dan ligat memberi
Segala ilmu untuk dihadam oleh medulla oblongataku
Terima kasih guru
Dengan rela kutelaah formula-formula
Yang hampir membakar cereberumku
Terima kasih guru
Dengan ikhlas kau mengenakan segala daya yang ada
Untuk menggerakkan aku dari keadaan statikku
Tanpa jemu kau membekalkan segala tenaga
Agar aku dapat bergerak laju
Terima kasih guru
Kau umpama nucleus
Sedaya upaya cuba
Mengekalkan electron pada orbitnya
Walau banyak penghadang yang menghalang
Terima kasih guru untuk segalanya
Terima kasih buat setiap insan yang pernah hadir dalam hidup ini sebagai seorang pendidik.
Tanpamu guru, tidak lengkaplah diri ini.
Bagai sumbangnya lagu tanpa irama.
Tanpamu guru, tidak teguh diri ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. bagaikan rumah tanpa tiang serinya.
Buat setiap insan yang pernah hadir dalam hidup sebagai guru, guru terima kasih atas segalanya.
Tiada apa yang dapat ke berikan buat waktu ini.
Hanya bingkisan ucapan dan titipan doa dari kejauhan buat setiap insan yang bernama guru.
SELAMAT HARI GURU
SYUKRAN, THANK YOU DAN TERIMA KASIH
ATAS SEGALANYA
DARI ANAK MURIDMU
HAMIDAH BINTI SULFAN SYAH.
#Tabika Perpaduan
#Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir (1998-2003)
#Sekolah Agama Rakyat Taman Bagan Pasir (1998-2003)
#Sekolah Tun Abdul Razak, Selekoh (2004)
#SMK Seri Perkasa (2004-2006)
#SBPI Sabak Bernam (2007-2008)
#Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2009-2010)
#Universiti Sains Malaysia (2011-2016)
#jurulatih2
Ulasan
Catat Ulasan