Langkau ke kandungan utama

TEMAN PENGGANTI ~~~~~~ MALIQUE FT BLACK



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CORETAN IKHLAS AWEK SPANAR~~~PAYAH JADI BUNGA SEKUNTUM

teringat teguran seorang teman di cafe waktu makan tengah hari : untunglah kau yerk dikelilingi lelaki-lelaki MALAYA hensem2 doh kawan2 kau (tak boleh puji lebih2, kalau ada yang membaca, nanti kembang setaman) dan aku hanya mampu tersenyum jujur ada rasa bangga hehehehehe hakikatnya, payah sebenarnya menjadi bunga sekuntum dalam taman penuh kumbang segalanya, rasa tak tentu jujur, walau hampir empat tahun berkenalan kadangkala, ada rasa akward ada banyak sebab dan keadaan  kenapa aku katakan payah menjadi bunga sekuntum ni #case pertama kalau nak poteng kelas memang tinggal harapanlah memang jelas terang dan nyta nampak sangat  kalau aku tak datang kelas so, tak boleh selalu sangat pontenglah #case kedua aku tak faham dan still tak tahu apa sebenarnya anggapan diorang  (especially cozmate melayu ) dekat aku diorang anggap aku kawan atau sometimes aku rasa diorang anggap aku macam burden palin...

OPTICAL COMBUSTION ENGINE~~~~ A BRIEF INTRODUCTION

1.       INTRODUCTION  Figure  1  : Optical Single Cylinder Engine                 Internal combustion (IC) performance is one of the important aspects in automotive industry. The higher the IC performance, the powerful the engine car to be, therefore cause the higher request between the lovers of high performance cars. However, engineers had faced lots of problem in the way to determine the exact and more accurate performance of IC engine. These problems happen due to lots of factor such as the material that IC engine made of from. The IC engine is made of from all-metal materials and this prevent engineers to gain a detailed insight of the mixing, combustion and emissions formation processes occurred in the cylinder of IC engine. Therefore, the Optical Engine has been introduced as the improvement to the original system. High-speed imaging combined with the optica...

SAYA BANGGA NAMA SAYA HAMIDAH !

Coz dah tak berapa betul kepala plus with mata yang tak reti nak tutup nih... mendorong aku untuk buat satu kerja yang boleh dikategorikan tak adanya faedah tapi sebab niat nak sangat mencuba.. so aku dengan bangga dan ragu mengKLIK cik Google and search for HAMIDAH.. and seriously terkejut dengan penemuan aku nih... tapi mulut bertambah senyum.. coz x expect akan found something new.... kelakar tak kelakarlah tapi memang menyejukkan hati dan meriangkan jiwa..heheheheheheh.. The reason adalah kerana I found out that my name which is HAMIDAH also was a name of one city.. betul ker fakta nih..ataupun auta.. jumpa kat WIKIPEDIA kot.... almost 100% right xcept ader someone else try autakan fakta.. itu hamba tolak ketepilah....kat bawah aderlah further explanation but simple... Hamidah  is a village in west-central  Yemen . It is located in the  San‘a’ Governorate .