Tak usah aku khabar
Tentang semua yang dirasa
Pada kamu yang saat ini
Beraja di hati
Kamu hanya tamu sementara
Yang hadirnya cuma sebentar
Entah bila kamu akan pergi
Mungkin tanpa pamitan akhir
Dari awal puas kuingatkan
Jangan mudah jatuh hati
Namun hati tetap degil
Lalu bayangmu sentiasa ku cari
Aku tak pernah salahkan kamu
Kerana aku selalu tahu
Kamu hanyalah tamu sementara
Sekadar datang menghilang lelah
Menumpang teduh kasih yang ku beri
nukilan ermahida
Ulasan
Catat Ulasan