Langkau ke kandungan utama

RINDU DATANG LAGI

purnama demi purnama berganti 
rindu itu datang lagi
menusuk kalbu merusuh nyali 
siang mencari malam termimpi

rindu yang hadir dalam hati
puas ku cuba tolak ke tepi
kerana aku lelah menanti 
pada dia yang tidak pasti

aku cuba gagahkan diri
hilangkan ridu bertamu di hati
akhirnya aku berteleku sendiri
cubaanku gagal buat sekian kali

#ermahida

Ulasan