Adakah kau cukup berani?
Untuk dibenci oleh semua
Untuk dipulau oleh semua
Hanya kerana kau berbeza dari yang lain
Adakah kau cukup berani?
Untuk dibenci oleh semua
Hanya disebabkan pemikiran yang berbeza
Walau kau tahu
Dan mereka juga mengakui
Bahawa kau di pihak yang benar
Adakah kau cukup berani?
Untuk berseorangan di dalam perjalanan
Tanpa ada sesiapa yang menemani
Untuk bersendirian di malam sepi
Tanpa ada teman di sisi
Adakah kau cukup berani?
Membiarkan yang lain
Terus memandang sinis padamu
Dan kau hanya tersenyum
Sambil berserah pada ketentuan Yang Esa
Adakah kau cukup berani?
Untuk melepaskan dirimu yang dulu
Yang penuh dengan daki Jahiliah
Yang penuh dengan sifat Mazmumah
Dan berubah menjadi kau yang baru
Yang mengamalkan ISLAM sepenuhnya
Yang menjadikan redha ALLAH impian mutlak
Adakah kau cukup berani?
nukilan ermahida
Ulasan
Catat Ulasan