Rindu ini Aku tidak pasti ia milik siapa Namun, aku yakin Penghujung rindu ini pasti bertaut Pada si dia, bakal khalifahku Cinta ini Memang tidak pernah aku nyatakan Bukan kerana malu Tapi aku yakin Cintaku pasti akan berlabuh Di pelabuhan cinta Milik si dia, bakal khalifahku Hati ini Sedaya upaya telah kujaga Dari ditakluki dia yang belum tentu milikku Kerana ku mahu menjaga Mekarnya haruman taman hati Buat si dia, bakal khalifahku