Rindu ini
Aku tidak pasti ia milik siapa
Namun, aku yakin
Penghujung rindu ini pasti bertaut
Pada si dia, bakal khalifahku
Cinta ini
Memang tidak pernah aku nyatakan
Bukan kerana malu
Tapi aku yakin
Cintaku pasti akan berlabuh
Di pelabuhan cinta
Milik si dia, bakal khalifahku
Hati ini
Sedaya upaya telah kujaga
Dari ditakluki dia yang belum tentu milikku
Kerana ku mahu menjaga
Mekarnya haruman taman hati
Buat si dia, bakal khalifahku
Ulasan
Catat Ulasan