Langkau ke kandungan utama

Catatan

CULTURE SHOCK

CULTURE SHOCK atau dalam bahasanya dipanggil sebagai kejutan budaya. Sinonim dikaitkan dengan mereka2 yang melanjukan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Kejutan budaya berlaku apabila mereka mengalami perubahan suasana persekitaran dan mereka tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan suasana tersebut. Bagi saya kejutan budaya ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama.....Kejutan budaya dalam suasana pembelajaran. Memang terasa lainnya belajar di sekolah menengah dan belajar di matrikulasi. Kalau di sekolah dulu tak perlu fikir panjang jika kita ingin ponteng kelas atau prep. Tapi di matrik untuk ponteng kuliah pun saya perlu memikirkannya 5x walhal niat saya tidak hadir adalah kerana ingin mendapatkan rawatan di klinik. Kalau dulu waktu ada prep pun rasanya jarang muka saya duduk di dalam kelas menghadap buku asyik melilau jer. Tapi sekarang di awal sem pun saya sudah biasa dengan kelaziman saya untuk study di library dan alhamdulillah saya dapat beristiqamah dengan ruti...

WELCOME TO KMPP

11 MEI 2009. Welcome to KMPP. Rasa macam tak percaya je saya telah mendaftar masuk ke KMPP. Dah seminngu di sini terasa seakan sebati dunia KMPP ini di dalam diri saya. Sebenarnya terasa tiada masa saya untuk menulis entri ini lantaran terlampau banyak yang perlu dibuat. Tapi saya gagahkan juga diri ini untuk mengisi entri yang telah lama saya tinggalkan. Alhamdulillah saya mendapat teman sepracticum yang amat baik dan memahami buat masa ini. Terasa seperti bersama teman-teman lama.

SEBUAH PENYESALAN

1 MEI . Selamat hari Buruh kepada insan-insan yang sedang bekerja atau yang sedang bercuti. Sebagai seorang yang masih belum bekerja saya tidak pasti bagaimana perasaannya tetapi mungkin saya dapat merasai serba sedikit keperitan mencari wang. Bagaimana saya merasainya ? Selama 'cuti panjang' saya ini ALHAMDULILLAH saya dapat meringankan sedikit beban mak dan ayah. Kerja apa. Saya hanya membantu mereka berjualan di pasar malam. Walaupun hanya sekadar membantu saya masih dapat merasai betapa penat dan lelahnya sendi dan tulang temulang saya. Ketika itulah baru timbul rasa penyesalan di dalam jiwa. Saya seringkali leka dan alpa dalam menimba ilmu. Tanpa saya sedari di luar sana ayah dan ibu saya sedang asyik membanting tulang tanpa memikirkan keseronokan mereka. Kalaulah masa boleh diputar semula. Pasti saya akan belajar dengan lebih tekun lagi. Tetapi penyesalan akan tetap penyesalan selagi kita tidak melakukan apa-apa untug mengubahnya. Penyesalan hanya timbul apabila kita tahu...

MEMORI PUTERI ZENITH

Tiba-tiba saya teringat pula dengan video yang kawan2 buat semasa di tingkatan lima. Rasa gembira. sedih bila melihat semula video tersebut. Terasa macam melalui semula kehidupan suka dan duka di asrama. Segala-segala yang berkaitan dengannya bagai mengimbas kembali memori alam persekolahan. Tak sangka alam persekolahan sudah ditinggalkan. Kini tibalah masa untuk melalui satu lagi fasa baru dalam kehidupan kita sebagai insan. Bagi mereka yang berjaya dalam peperiksaan SPM yang lepas, sudah pasti mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu alam universiti. Bagi yang kurang bernasib baik , mereka pasti sedang memikirkan apakah hala tuhu mereka sekarang. Sama ada melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan. Apapun yang pasti hidup mesti diteruskan sama ada kita mahu atau tidak. Peluang dan pilihan ada di depan mata. Tinggal kita memilihnya. Tepuk dada tanya akal. Apakah kemahuan kita? Terlanjur saya menulis entri ini, masih dalam mood puteri zenith lagi. Kami t...

NUKILAN BUAT AYAH DAN BONDA

Suatu malam ku bermimpi melihat cahaya bulan menerangi sedang aku bermanja atas pangkuanmu bunda Siangnya ku lihat sang mentari memancar bahangnya membakar diriku sedang ayah gembira dan tersenyum mengalirkan keringatnya Bunda jasamu tak terbalas jerih payahmu membesarkanku tak ternilai kau gadaikan nyawamu agar aku dapat melihat dunia ini kau pelukis jiwa ini kau corak diriku bagaikan sang pelukis mahir memainkan warna di atas kanvas putih Ayah pengorbananmu jadi semangat kau idolaku membakar semangat juang di dada anakmu tak ernah kenal erti jemu penat, bosan atau sakit kau kuatkan semangatmu hanya kerana ingin melihat aku hidup seperti insan yang lain Ayah dan bonda kalian sering kuingati walau aku kini di rantauan kalianlah sumber inspirasiku Bonda kegigihanmu kegigihanku Ayah ketabahanmu sentiasa milikku created by : ermahida @ aku sendiri 9 November 2006 9.00 malam Bilik Study Ummu Aiman SMK Seri Perkasa Sajak ni saya buat masa ngah sambut hari jadi saya. Masa tu duduk dekat asra...

DISEBALIK KEMBARA SEORANG MUSAFIR

Sajak 'KEMBARA SEORANG MUSAFIR' ni saya cipta khas untu seorang sahabat baik saya. Bukan sebarang sahabat. Inilah satu-satunya sahabat baik yang saya pernah ada setakat ini. Tak ada yang dapat menandingi sahabat saya yang seorang ini. Mungkin saya terikut-ikut dalam cerita2 dongeng di mana setiap relationship pasti akan happy ending di hujungnya. Itulah harapan saya pada awal perkenalan kami. Dan macam dalam setiap drama Melayu kita. Pasti ada iri hati dan hasad dengki dari mereka-mereka yang cemburu dengan persahabatan kami. Secara jujur saya tak pernah mempunyai seorang sahabat perempuan yang benar-benar rapat dengan saya. Terlampau personal saya rasa untuk menceritakan betapa rapatnya kami berdua. Segala halangan, syukur kami dapat menempuhnya. Tapi kata orang ' kusangka siang hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari '. Begitulah juga dengan persahabatan kami. Salahnya saya di sini. Salah saya kerana tidak berterus terang. Saya merosakkan cerita di antara kami. ...

KEMBARA SEORANG MUSAFIR

Seorang musafir mengembara mencari sesuatu yang hilang di dalam perjalanannya Tiba di suatu perhentian antara sejarah dan harapan antara kenangan dan cita-cita dia terpukau melihat kilauan sang bintang kilauannya luar biasa mendamaikan jiwa menyejukkan amarah pada bintang dia berikan segalanya segala kepercayaan yang tidak pernah dikongsi bintang juga mengajarnya sesuatu sesuatu yang tak pernah dirasainya sebelum ini sesuatu yang dulunya menjadi igauan kini menjadi teman seperjalanan namun setiap kesenangan itu selalu dicemburui dicemburui keadaan dan juga bintang-bntang yang lain perjalanan mereka sering dilanda badai yang bisa meruntuhkan sebuah tembok sering diserang rasa resah diri sendiri takut nanti akan dikhianati tapi keprcayaan yang disemai merentasi segala badai dan resah melangkau onak duri merenangi lautan dendam dan iri hati created by : ermahida @ aku sendiri 9.45 malam 1 MAC 2006