CULTURE SHOCK atau dalam bahasanya dipanggil sebagai kejutan budaya. Sinonim dikaitkan dengan mereka2 yang melanjukan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Kejutan budaya berlaku apabila mereka mengalami perubahan suasana persekitaran dan mereka tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan suasana tersebut. Bagi saya kejutan budaya ini boleh dibahagikan kepada dua jenis.
Pertama.....Kejutan budaya dalam suasana pembelajaran. Memang terasa lainnya belajar di sekolah menengah dan belajar di matrikulasi. Kalau di sekolah dulu tak perlu fikir panjang jika kita ingin ponteng kelas atau prep. Tapi di matrik untuk ponteng kuliah pun saya perlu memikirkannya 5x walhal niat saya tidak hadir adalah kerana ingin mendapatkan rawatan di klinik. Kalau dulu waktu ada prep pun rasanya jarang muka saya duduk di dalam kelas menghadap buku asyik melilau jer. Tapi sekarang di awal sem pun saya sudah biasa dengan kelaziman saya untuk study di library dan alhamdulillah saya dapat beristiqamah dengan rutin saya itu sehinggalah ke UPS. Kalau dulu rasa berat jer beg yang dibawa dek jadual yang padat dan buku2 yang tebal. Tapi kini hanya dengan beberapa helai kertas dan sebatang pen serta kalkulator saya boleh menelaah dengan tenang. Kalau dulu semuanya hanya datang kelas dan menadah telinga mendengar apa yang disampaikan oleh guru tanpa apa2 persediaan. Tapi sekarang jika terus membawa tabiat lama itu pasti akan jauh ketinggalan. kalau dulu dalam masa satu bulan cikgu habiskan 2 bab. Tapi sekarang dalam masa satu minggu pensyarah boleh habiskan dua bab sekaligus bersama ulangkaji terutamanya matapelajaran fizik. Kalau dulu kita hanya goyang kaki saja menunggu cikgu masuk dalam kelas atau paling kurang ketua kelas akan pergi mencari guru yang tidak masuk. Tapi di matrik kita yang akan bergerak ke tempat2 yang telah ditetapkan. Jadi semuanya harus bergerak dalam masa yang seminima mungkin dan jika dilihat pun rata2nya bergerak seperti MONOREL di KL.
Dan kedua....... Gaya hidup. Saya beruntung kerana bercampur dengan rakan2 yang berbagai fiil semenjak dari kecil lagi. Jadi tidak canggung bagi saya apabila melihat rakan2 yang berbagai ragam di sini. Saya tidak tahu bagaimana saya harus menjelaskannya. COUPLE @ DATING itu perkara biasa di sini. Setiap malam pulang dari library saya akan melalui jalan yang sama dan setiap itulah pemandagan yang sama juga akan disajikan kepada saya. Kalau tidak kuat iman dan kalau saya tidak ada komitmen lain pasti saya juga akan menjadi salah satu daripada mereka. Dan kalau tidak kena gayanya gejala ini akan merebak seperti H1N1 yang melanda sekarang. Berbagai ragam yang ada kadang2 membuat saya lebih berfikir , apakah yang akan terjadi kalau saya mengalami shock culture inI. Apakah yang akan saya lakukan. Disini tiada sesiapa yang akan menasihati kita dan tiada sesiapa yang akan membimbing kita 24 jam. Kitalah yang akan membimbing diri kita sendiri. Kita jugalah yang akan menjadi mak guard keatas diri kita.......
CULTURE SHOCK .... kenapa saya menulis tentang ini. Mungkin disebabkan saya berasa hairan dan terkejut apabila melihat beberapa kenalan yang saya kenal agak berubah. Benar manusia sentiasa berubah tetapi biarlah perubahan itu sentiasa ke arah kebaikan. Dan saya juga harap saya adalah salah seorang dari mereka yang berubah ke arah kebaikan. Sukar sebenarnya untuk menyesuaikan diri terhadap satu suasana yang lain dari kehidupan kita sebelum ini. Tetapi apaapapun kita kena terus mencuba kerana hidup ini adalah satu experiment di mana untuk mencipta satu kejayaan perlu adanya percubaan......And the most important is hidup ini juga sebenarnya adalah satu percubaan dari ALLAH kepada kita hambaNYA...............
Ulasan
Catat Ulasan