Sajak 'KEMBARA SEORANG MUSAFIR' ni saya cipta khas untu seorang sahabat baik saya. Bukan sebarang sahabat. Inilah satu-satunya sahabat baik yang saya pernah ada setakat ini. Tak ada yang dapat menandingi sahabat saya yang seorang ini. Mungkin saya terikut-ikut dalam cerita2 dongeng di mana setiap relationship pasti akan happy ending di hujungnya. Itulah harapan saya pada awal perkenalan kami. Dan macam dalam setiap drama Melayu kita. Pasti ada iri hati dan hasad dengki dari mereka-mereka yang cemburu dengan persahabatan kami. Secara jujur saya tak pernah mempunyai seorang sahabat perempuan yang benar-benar rapat dengan saya. Terlampau personal saya rasa untuk menceritakan betapa rapatnya kami berdua. Segala halangan, syukur kami dapat menempuhnya. Tapi kata orang ' kusangka siang hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari '. Begitulah juga dengan persahabatan kami. Salahnya saya di sini. Salah saya kerana tidak berterus terang. Saya merosakkan cerita di antara kami. Tetapi apapun jua hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah. Walaupun saya kehilangan seorang sahabat , tetapi kini ALLAH berikan kepada saya dengan lebih ramai sahabat. Sehingga saya tak mampu untuk berkata boringnya kerana tiada sahabat di sisi. Semua yang berlaku pasti ada hikmah nya. Dan kita sebagai insan harus sentiasa menerima QADAK dan QADARNYA. Saya tak sangka pula entri kali ni panjang bebenor. Pada mulanya saya hanya ingin menulis serba sedikit mengenai sajak ini. Dah terlanjur. Malas pula rasanya nak menekan kekunci 'DELETE'. Apa boleh buat. Layan je...............

Ulasan
Catat Ulasan