Suatu malam
ku bermimpi
melihat cahaya bulan menerangi
sedang aku bermanja
atas pangkuanmu bunda
Siangnya
ku lihat sang mentari memancar
bahangnya membakar diriku
sedang ayah
gembira dan tersenyum
mengalirkan keringatnya
Bunda
jasamu tak terbalas
jerih payahmu membesarkanku
tak ternilai
kau gadaikan nyawamu
agar aku dapat
melihat dunia ini
kau pelukis jiwa ini
kau corak diriku
bagaikan sang pelukis mahir
memainkan warna di atas kanvas putih
Ayah
pengorbananmu jadi semangat
kau idolaku
membakar semangat juang
di dada anakmu
tak ernah kenal erti jemu
penat, bosan atau sakit
kau kuatkan semangatmu
hanya kerana ingin
melihat aku hidup
seperti insan yang lain
Ayah dan bonda
kalian sering kuingati
walau aku kini di rantauan
kalianlah sumber inspirasiku
Bonda
kegigihanmu kegigihanku
Ayah
ketabahanmu sentiasa milikku
created by : ermahida @ aku sendiri
9 November 2006
9.00 malam
Bilik Study Ummu Aiman
SMK Seri Perkasa
Sajak ni saya buat masa ngah sambut hari jadi saya. Masa tu duduk dekat asrama. Memang touching betul time tu. Tak boleh nak study. Asyik ingat ummi dan ayah kat rumah. Siapalah saya tanpa mereka. Insan yang paling saya sayangi di muka bumi ini. Tanpa mereka saya tidak akan menjadi seperti saya pada hari ini. Dah lama tak tulis entri. Baru hari ni ada mood nak sambung semula. So, saya hanya lontarkan apa sahaja yang terfikir dalam minda saya. Juz throw and spill it out. Apapun layan je.........
Ulasan
Catat Ulasan