Terasa macam melalui semula kehidupan suka dan duka di asrama. Segala-segala yang berkaitan dengannya bagai mengimbas kembali memori alam persekolahan. Tak sangka alam persekolahan sudah ditinggalkan. Kini tibalah masa untuk melalui satu lagi fasa baru dalam kehidupan kita sebagai insan. Bagi mereka yang berjaya dalam peperiksaan SPM yang lepas, sudah pasti mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu alam universiti. Bagi yang kurang bernasib baik , mereka pasti sedang memikirkan apakah hala tuhu mereka sekarang. Sama ada melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan. Apapun yang pasti hidup mesti diteruskan sama ada kita mahu atau tidak. Peluang dan pilihan ada di depan mata. Tinggal kita memilihnya. Tepuk dada tanya akal. Apakah kemahuan kita?
Terlanjur saya menulis entri ini, masih dalam mood puteri zenith lagi. Kami telah kehilangan salah seorang rakan kami iaitu saudari nur hafizah. Semoga ALLAH merahmati rohnya dan menghimpunkannya bersama orang-orang yang beriman. AL-Fatihah buatnya arwah. Malaikat MAUT sentiasa bersama kita. Tak kira muda atau tua. Tak kira sihat atau sakit. Ia sentiasa bersama kita. Sebagai insan yang sering alpa dan melakukan kesalahan kita sering leka terhasap-NYA. Tanpa kita sedari kita melakukan dosa dan kesalahan. Sentiasalah meminta ampun dari-NYA. kerana kita tidak pasti bila pula waktu kita untuk dijemput oleh Malaikat MAUT dengan MERCEDESnya. Apa yang pasti setiap yang hidup itu pasti menemui ajalnya. Samalah juga seperti setiap makanan yang kita makan pasti ada tarikh luputnya.
Ulasan
Catat Ulasan