1 MEI . Selamat hari Buruh kepada insan-insan yang sedang bekerja atau yang sedang bercuti. Sebagai seorang yang masih belum bekerja saya tidak pasti bagaimana perasaannya tetapi mungkin saya dapat merasai serba sedikit keperitan mencari wang. Bagaimana saya merasainya ? Selama 'cuti panjang' saya ini ALHAMDULILLAH saya dapat meringankan sedikit beban mak dan ayah. Kerja apa. Saya hanya membantu mereka berjualan di pasar malam. Walaupun hanya sekadar membantu saya masih dapat merasai betapa penat dan lelahnya sendi dan tulang temulang saya. Ketika itulah baru timbul rasa penyesalan di dalam jiwa. Saya seringkali leka dan alpa dalam menimba ilmu. Tanpa saya sedari di luar sana ayah dan ibu saya sedang asyik membanting tulang tanpa memikirkan keseronokan mereka. Kalaulah masa boleh diputar semula. Pasti saya akan belajar dengan lebih tekun lagi. Tetapi penyesalan akan tetap penyesalan selagi kita tidak melakukan apa-apa untug mengubahnya. Penyesalan hanya timbul apabila kita tahu di kemudian hari bahawa kita boleh melakukan lebih baik dari itu atau kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengubah apa yang boleh terjadi di masa hadapan.
Saya tutup sahaja mengenai topik penyesalan kerana saya tidak merasakan yang saya berhak berbicara mengenainya. masih banyak lagi yang perlu saya fahami dan pelajari mengenai erti sebuah penyesalan. Kesedihan dan kepedihan yang dirasai bila kita tidak mencapai apa yang dihajati adalah amat-amat menyakitkan. Masih terasa betapa pedih,sakit dan pilunya perasaan ini apabila yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Namun kesedihan yang dirasai akan hilang sedikit demi sedikit jika kita menerimanya dengan hati yang terbuka dan percayalah bahawa QADAQ dan QADARNYA melebihi semuanya. Mungkin kita merasakan sesuatu itu baik bagi kita tetapi sebaliknya bagi dia PENCIPTA kita. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah pandang ke depan dan tidak pernah walau sekali pun saya menoleh kebelakang. Teruskan perjalanan dan tidak pernah gentar dengan apa yang akan kita alami di kemudian hari. Dan kalaupun jatuh saya akan pastikan bahawa saya akan jatuh dengan penuh gaya. Mungkin kedengarannya saya seorans yang terlalu berfikiran positif sedangkan sebenarnya saya cuma ingin memujuk hati yang sedang luka. Kerana penyembuh bagi hati yang sedang mengalami kekecewaan adalah kata-kata pemangkin yang bisa memarakkan semula jiwa dan semangat yang hilang.
Sebenrnya entri kali ini saya tidak menetapkan apa-apa idea pun. Tetapi saya hanya menaip apa yang sedang bermain di dalam fikiran dan meluahkannya tanpa mengedit terlebih dahulu. Dan hasilnya adalah sebuah cebisan kata-kata yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi memoir indah bagi saya. Sudah lama saya tidak menulis entri lantaran terlalu sibuk dengan xtvt harian yang kian padat. Apaapapun........Layan je. Berjumpa lagi di entri yang akan datang. INSYAALLAH...............

Ulasan
Catat Ulasan