Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nukilan syahdu

KALI PERTAMA

kali pertama  namanya menjadi halwa telinga terasa dekat dalam jiwa ingin tahu membuah rasa siapa tuan empunya nama kali pertama  saat pintu itu dibuka sesosok tubuh tenang menyapa wajah manis menyapu mata dalam gelisah hari pertama bertukar senyuman menghilang gulana kali pertama  hati tercuit seribu rasa dia bukan seperti biasa ada tenang dan kasih menghuni raga buat dia sungguh istimewa nukilan ermahida

BULAN DAN KITA

kulihat awan tenang di malam bulan purnama tenangnya malam menggocakkan sanubari sinarnya cahaya purnama menggamit rindu betapa aku merinduimu saat itu detik yang akan sentiasa bermain di benak fikiranku dikala kita riang berdebat tentang purnama betapa aku merinduimu nukilan : ermahida 07/09/2006 perkasa

KAMU YANG BERNAMA KELUARGA

Merindu kamu Yang mungkin tidak pernah ketemu Yang mungkin hanya sekali bertemu Merindu kamu yang bernama keluarga Merindu kamu yang jauh merentasi udara Merindu kamu setiap kali terdengar keluarga Hanya doa dan harapan penguat raga Lewat maya kita bersapa Moga bila tiba masa Kita bisa ketawa   Berkongsi cerita Melepas rindu dalam jiwa Aku rindu kamu yang bernama keluarga #ermahida 

AKU WANITA SALJU

aku wanita salju yang misteri hatiku tak pernah tahu erti rindu dan aku paling benci menanti  namun  kerana hadirnya kamu lelaki hijau yang berbudi mengajarku apa itu rindu membuat aku sabar menanti setiap kehadiranmu dulu hatiku keras umpama keluli tidak pernah goyah dengan kata penuh romantis namun bila hadirnya kamu hati keluliku cair umpama ditempa sahaja lewat gaya santaimu lewat gurauanmu lewat kata-kata manismu acapkali  bila kau santai melafazkan rindu hatiku berhenti berdetak nafasku berhenti di kerongkongan dan aku jadi pinar seketika maafkan aku  kiranya kamu serius dalam katamu dan aku balas sambil lewa ketahuilah aku wanita salju  yang canggung bermadah rindu yang canggung bermadah kasih dan aku lebih canggung lagi bila yang melafazkan rindu adalah kamu lelaki hijau yang berbudi yang mendapat tempat di hati aku, wanita salju nukilan : ermahida

SEMPURNA

aku hairan tertanya entah kenapa walau kenal sebentar cuma engkau kelihatan sempurna bagai disulap sahaja aku jadi kelabu mata beribu yang dijumpa hanya engkau kelihatan sempurna jenuh mencari setelah lama jawapan dicari tak aku jumpa kenapa engkau kelihatan sempurna tinggal misteri hati cuma nukilan emahida

RAHSIA HATI

aku punya satu rahsia ingin sekali ku ceritakan pada dunia ingin sekali ku khabarkan pada dia rahsia hati tentang dia tapi rahsia ini aku pendam sendiri kerana aku sendiri tidak pasti apakah sebenanrnya mahu hati kadangkala ada rindu untuk dia  kadangkala ada sayang untuk dia  kadangkala ada risau untuk dia  kadangkala ada peduli untuk dia  saat dia datang menyapa walau cuma bertanya berita walau hanya lewat kata-kata aku rasa dunia seolah aku yang punya bicaranya menghiburkan hati pesan-pesannya jadi azimat diri senyumannya walau hanya dalam memori bisa bikin menceriakan diri aku rindu dia, itu aku pasti aku sayang dia, itu aku pasti aku cinta dia, itu aku tidak pasti adakah dia jodoh hakiki, itu rahsia ILLAHI rahsia hati ini mohon sampai di sini jangan bilang sesiapa ya apalagi pada dia !! ermahida 12.10 am sh2013 lembaran

AKU INGIN LARI

rutin hidup yang makin payah aku lalui penuh lelah kadangkala aku rasa lemah dengan cabarang yang kian susah niat jahat terbit di hati aku ingin sekali lari terasa payah hati dan diri untuk terus berdiri di sini hanya impian penguat rasa disamping restu keluarga tercinta didorong senyum teman setia ku cekalkan hati mencapai jaya kerapkali ku pesan pada diri jangan mahu putus asa lagi harus kuat cekalkan hati menggapai jaya di kendian hari ermahida 11.52 pm SHO2 lembaran

AKU RINDU INTESABER

Saat kali pertama Surat tawaran dibuka Jujur aku tak sanggup membaca Apa lagi melihat dimana letaknya Gedung ilmu yang bakal kucinta Saat kali pertama Kaki dijejak di bumi bertuah ini Pepohon nyiur santapan mata Bayu laut menghembus lembut INTERSABER tercinta Walau jauh di ceruk kampung Tidak pernah gagal Melahirkan generasi pemangkin ummah Sungguh, aku rindu INTERSABER Rindu pada tarbiahnya Rindu pada kelembutan pendidiknya Rindu pada persahabatan yang tercipta Rindu segalanya tentang INTERSABER

JIKA RASA ITU PASTI

tipu, kalau aku kata tak rindu tipu. kalau aku kata tak mahu bertemu tipu, kalau jiwa tak bersenandung sendu buat kasih jauh berbatu tapi sudah berkali-kali aku pesan pada diri aku harus tabahkan diri setiap berlalunya hari kerna aku yakin dan pasti jodoh itu rahsianya ILLAHI jika rasa itu pasti kau pasti hadir suatu hari melafaz akad penuh janji menyatukan dua hati takkan terpisah sampai mati ermahida (05112014) 1200

AKU KEKASIH

Aku kekasih yang setia pada pemilik cinta yang pernah memikat mata dengan senyuman bak sinar suria Aku kekasih yang menanti pada yang berlalu pergi  yang pernah menghias hari  dengan lagak menawan hati Aku kekasih yang merindu pada bayang-bayang lalu yang pernah mengusik kalbu dengan melodi penuh rindu ermahida (04112014) 1100

AKU KUPU-KUPU MALAM

aku kupu-kupu malam masa hadapanku kelam dek dirantai kerakusan silam aku kupu-kupu malam terbangku di awal dini mencari kumbang yang sudi aku kupu-kupu malam kisahku dihimpit derita hidupku penuh gelita aku kupu-kupu malam  bukan mahuku begini telah kucuba mengubah diri akhirnya aku kalah pada realiti ermahida (04112014) 1040

UMMIKU SAYANG

Ummiku sayang Seringkali aku menyakitimu Seringkali aku melukai perasaanmu Seringkali kataku bagai sembilu menghiris hatimu Seringkali aku mengundang amarahmu Namun ketahuilah ummiku sayang Tiap kali hatimu kulukai Seribu kali hati ini terluka rasanya Tiap kali aku menyakitimu Tak terbendung air mataku menahan sakitnya Tiap kali aku meluahkan kata yang melukaimu Tidak terukir betapa kesalnya aku akan kata-kataku itu Tiap kali amarahmu kuhampiri Terasa sakitnya jiwa ini menahan gelodaknya Ummiku sayang Maafkanlah segala salahku Ampunkanlah segala silapku Aku sayang kamu, ummiku sayang nukilan ermahida

BINGKISAN RINDU BUAT AYAH

Ayah Dengarlah Hayatilah Bingkisan rindu dari anakmu yang jauh Kau, ayahku Lelaki yang paling aku sayangi Kau, ayahku Lelaki yang paling aku hormati Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Walau kau bukan seorang pensyarah Walau kau bukan seorang hartawan Mahupun seorang ustaz Kau hanya seorang peniaga pasar malam Jangan pernah kau risau Kerana aku bangga aku adalah anakmu Aku bangga dengan jerih payahmu Membesarkan kami adik-beradik Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Yang kerana kamu Aku belajar erti kegigihan Yang kerana kamu  Aku tahu Erti sebuah kehidupan nukilan ermahida

SEMINGGU INI

seminggu ini seminggu yang meresahkan seminggu yang memeritkan seminggu yang melelahkan seminggu ini seminggu yang mendera perasaan seminggu yang menguji kesabaran seminggu yang menduga kesetiaan seminggu ini  aku mencari bayangan dalam diam aku menyulam harapan  demi sebuah jawapan nukilan ermahida (01102014) DK 6, Egineering campus USM

GAGAL LAGI

Aku pusing sendiri Bila ujian gagal lagi Berteleku aku mencari Apa salah diri Puas aku mencari Apa salah sendiri Akhirnya aku sedari Kenapa ujian gagal lagi Dari awal ku pesan pada diri Belajar awal Jangan telat lagi Namun alpa menguasai diri Natijahnya ujian gagal lagi

SEKUNTUM BUNGA DI TAMAN PENUH KUMBANG

Awal mula kisah Kami berdua di taman penuh kumbang Dua purnama menjelma Tinggal aku, sekuntum bunga di taman penuh kumbang Jadi sekuntum bunga Bukan selalunya senang Kadangkala ada sukar yang datang Menguji kentalnya si bunga Kumbang seringkali jadi teman bermain Kumbang juga jadi dahan pautan Namun bunga perlu sering berwaspada Lumrah kumbang memburu madunya bunga Tapi, bunga sering rasa bertuah Akan adanya kumbang di sisi Kerana adanya mereka, kumbang penuh di taman Bunga rasakan dialah bunga istimewa

UNTAIAN RINDU BUAT SAHABAT

Untaian kata ini Khusus buatmu sahabat Untaian rindu ini pengganti diri Bacalah untaian kata ini Kala kau merinduiku Kala kau teringat kenangan kita bersama Sewaktu pena lincah melakar kata Bagai terbayang segala memori kita dahulu Senyum tawamu, gelak riangku Iramanya seolah kedengaran di cuping telinga ini Tangis senduku, masih kurasakan basahnya Rajuk muncungmu, masih jelas terbayang di mata Sungguh tak mampu membohongi diri Waktu bersamamu adalah yang terindah Masa seakan pantas berlalu Saat aku bersama kamu Aku ingin sekali kembali ke masa itu Melalui semula jejak memori kita Merakam setiap memori indah bersama Walau jarang berhubung Walau jarang bertanya khabar Aku ingin kau tahu Persahabatan ini tidak pernah putus Aku akan selalu merinduimu, sahabat

MH370:SEBUAH EPILOG

Saat terbang membelah awan Merentas birunya lautan Kau hilang dalam radar penuh kejutan Penuh debaran kami menanti Kemana kau hilang pergi 239 nyawa kau bawa bersembunyi Puas dicari seluruh benua Kau terus lenyap dari mata Jejakmu tinggal misteri fana Damailah kau disana Walau dimana kau berada MH 370 satu nama takkan terlupa Nukilan : ermahida

ADA APA DENGAN MERDEKA

Ada apa dengan merdeka Jika sebenarnya hati masih dijajah Ada apa dengan merdeka Jika anak bangsa terus dibelenggu minda penjajah Aku bukan anti kemajuan Aku juga bukan anti merdeka Aku juga seperti yang lain Lebih menggemari Hip Hop dari Dondang Sayang Lebih memilih NST dari Utusan Namun Kemerdekaan ini buat aku terpikir Semakin aku menginjak dewasa Erti kemerdekaan ini Semakin pudar kurasakan Sambutannya sekadar melepaskan batuk di tangga Tidak seperti di waktu diniku Begitu beerti kurasakan kemerdekaan Semuanya bagai keliru Ada apa dengan merdeka Jika sebenarnya pemikiran kita masih lagi dijajah Generasi muda semakin jauh dari kemerdekaan Mereka lebih kenal Taylor Swift dari Dato Maharajalela lebih kenal BIG BANG dari Bintang Tiga Mungkin Jika ditanya siapakah TUNKU Mungkin tiada siapa yang tahu Ah Sebenarnya semakin lama kita merdeka Semakin jauh kita dar