Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel journey

JEJAKA HEBAT DARI KELANTAN

Aku punya teman Jejaka hebat dari Kelantan Keletah lucu manis senyuman Jejaka hebat dari Kelantan Bukan sekadar manis senyuman Sopan bertingkah rupanya tampan Bukan sekadar manis senyuman Pandai pula melayan teman Memori bersama diingat sepanjang zaman Pandai sungguh melayan teman Bicara manis jadi idaman Itulah dia, jejaka hebat dari Kelantan  nukilan ermahida

KHILAF DALAM NUKILAN

Kadangkala dalam ralit meluah rasa Tanpa sedar dalam nukilan Ada khilaf yang timbul Mujur masih ada yang sudi menegur Pesan seorang sahabat : Jangan selalu dicanang yang buruk Hingga lupa pada yang baik Tak mungkin dalam bertahun kenal Tiada pun kebaikan yang ditabur Maaf buat khilaf yang tidak disedari Terlampau ikut rasa yang menggunung Hingga laju melakar kata yang tak patut Tapi apakan daya Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata padahlah jawabnya Teguran sahabat yang seorang itu Buat aku terpaku seketika Benarlah Dalam sangkaan tiada siapa yang membaca Rupanya ada yang menilai Setiap bait-bait kata Teguran itu harapnya Mendewasakan diri ini Moga di kemudian hari Setiap kata yang dilakar Akan disusun penuh hemah nukilan ermahida

GADIS KAJANG

Aku kenal dia Si gadis kajang yang sederhana Di waktu muda remaja Saat baru kenal dunia Dia jadi teman setia Gadis kajang itu Tubuh molek tinggi terbantut Namun lagak persis sang ratu Mencairkan si hati batu Gadis kajang teman setia Hebat bijak mengatur kata Membakar sumbu untuk berjaya Buat aku semangat sentiasa Gadis kajang sahabat sejati Ukhuwah terjalin anugerah Illahi Kenangan bersama terpahat di hati Aku sayang kamu sampai mati nukilan ermahida

AKU ADALAH AKU

Bila aku berkhayal Itu bererti Hatiku sedang berbicara Dan mata pena lincah menari Mengukir bait-bait kata Yang ingin aku curahkan Bila aku termenung Itu tandanya Akalku sedang bermuhasabah Memikirkan apa silapku Agar aku bias berubah Bila aku bersendiri Itu maksudnya Aku sedang mencari jati diriku Yang telah kacau Dek kehidupan yang lelah Aku adalah aku Kadang aku menyepi Ketika di sekelilingku riuh Kadang mulutku becok berbicara Ketika yang lain tidak tahu Apa yang mahu dibicarakan Namun aku adalah aku Aku lebih suka bersendiri Ketika hatiku kacau Aku ingin sekali ramai Bila hatiku berlagu sepi Kadangkala Aku hanya meluahkan Kekacauan hatiku di atas sekeping kertas Tanpa sedar, bait-bait kata itu Memberi seribu makna padaku Dan tanpa aku sedar, Hatiku tersenyum dan mulutku berbicara Aku adalah aku nukilan ermahida

JURURAWAT DI HATIKU

Jururawat di hatiku Hanya ada satu Pergilah serata dunia Carilah seluruh benua Jururawat dihatiku, hanya dia Siapa dia jururawat dihatiku Asal dari pantai timur Orangnya baik kaya senyuman Orangnya manis penuh santun bertingkah Gelak tawanya menceriakan hari Keletahnya mereda amarah Lembut katanya memujuk resah Bicaranya pemangkin semangat Itulah dia, jururawat dihatiku Suatu masa dahulu Kami selalu bersama Kesana kesini kami berdua Mencipta memori untuk hari tua Dan kini Aku di utara Dia di selatan Walau jarang bersua Namun rasa sentiasa sama Walau ramai yang aku jumpa Cuma dia dan selalu dia Jururawat di hatiku nukilan ermahida

AKU CARI ARJUNA BETA

Aku cari arjuna beta Biar diri tidak berharta Punya senyum memikat mata Aku cari arjuna beta Biar diri tidak berharta Asal bijak bermadah kata Dengarlah wahai arjuna beta Tiada apa yang aku pinta Cuma setia dan lafaz cinta nukilan ermahida

CIK PUYUH

Cik puyuh dan aku Bibit sengketa titik mula perkenalan Dalam sehari kami serasi Lalu termetrai persahabatan sejati Kisah hidup cik puyuh Penuh warna warni kehidupan Hampir lemas dalam lautan cubaan Tapi cik puyuh tak mudah kalah Cik puyuh yang aku kenal Walau kecil tubuh Namun semangat juang Tinggi menjulang awan Cik puyuh jauh di sana Jangan mudah putus asa Kala lelah menjerut rasa Cari aku, aku sentiasa ada by ermahida

DREAMLAND: BUY TOYOTA FJ CRUISER

dulu2 memang nak sangat beli sportcar tapi bila fikir segala aspek rasa tidaklah unless kalau duit berlebihan sangat dan kalau ada yg baik hati nak bagi saya terima dengan senang hati sebab sudah ada cik betty so for starting, tak adalah nak fikir sangat  untuk beli kereta bila dah start kerja but then, akan start jugak simpan duit nak beli kereta sendiri and my dram car for now TOYOTA FJ CRUISER first tima nampak kereta nie masa nak pergi airport sekat PENANG first time nampak memang falling in love at first sight tak tahu apa orang lain cakap but personally, aku rasa bentuk dia nak menyerupai HUMMER so,nak beli hummer memang jauh lagilah dapat FJ CRUISER nie  pun boleh kira dah besar rahmat dia ada banyak colour antara yg ada hitam putih biru and kuning tap entah kenapa pilihan maybe antara hitam dan kuning dan aku google image tadi aku jumpa yg update version tuk warna kuning memnag stylo habis  hehehehehehehe

DREAMLAND : VISIT TOKYO DISNEYLAND

antara yang teratas dalam list aku nak visit TOKYO DISNEYLAND sorrylah , kalau ada yang cakap apa punya impianlah cubalah teringin nai ziarah MAKKAH ker jawapan aku senang MAKKAH itu bukan tempat yang ada dalam senarai impian aku MAKKAH and MADINAH intu dalam senarai wajib aku  nak bawak parents naik umrah itu bukan impian itu bagi aku satu kewajipan so, tolak tepi balik ke pangal cerita dari kecik sampai sekarang nie aku memang suka gila2 dengan DISNEY WORLD yalah, apa idaknya boleh pulak orang lain layang cerita korea , hollywood aku boleh bukak youtube layan citer2 kartun DISNEY bila aku google pasal tiket price dia  aku dapat tahu sekarang nie harga tiket untuk masuk TOKYO DOSNEYLAND adalah 6,200 yen untuk satu hari dan bila convert ke duit malaysia ikut latest currency adalah lebik kurang RM 200 okay, still affordable bagi aku lebih krang macam nak masuk LEGOLAND jerrr bila google lagi aku jupa pulak tip seor

WELCOME TO MY DREAMLAND

welcome to my dreamland malam ini entah angin apa datang menyapa terasa sangat-sangat nak post about my dreams bukan dreams apa2 pun tapi impian yang akan cuba untuk dilaksanakan insha allah kalau masih diberi kesempatan dan rezki umur dari ALLAH so, izinkanlah tuan nlog nak cerita apa impian tuan punya blog ini yang the latest biasalah impian semua orang berubah-ubah hope u allz enjoy hehehehehe post kali ini memang hanyalah idaman dan akan diusahakan untuk menjadi satu kenyataan... Insha allah...

AWAL MULA DIARI ALUNG

awal mula diari alung side corner for this blog ruang khusus untuk my lovely family ruang untuk alung berkisah bercerita dan mencatatkan momen2 penting bersama family mungkin agak cheesy dan mungkin a bit of show off but seriously my bad ini adalah kisah tuan blog bila mana pada masa yang sama  merupakan seorang alung dalam keluarga segala yang dicatat sekadar perkongsian ikhlas buat kenangan masa hadapan awal mula diari alung momento kasih dan rindu.... 

PENULISAN DARI SUDUT PANDANG SEORANG AKU

" Pergh, novel ni best gila, jalan cerita dia rasa macam real jer, agaknya  kisah hidup peulis kot" "Memandai jer kau, takkanlah ada manusia macam nie hidup kat dunia nie,  imaginasi penulis kot" " Betul jugak, tap seriously, memang rasa real kot " ini dialog yang selalu aku dengar atau komen yang selalu aku baca bila ada yang review sesuatu cerpen atau novel memang kadangkala timbul pertanyaan dalam hati  semua penulis novel yang hebat2 ni adakah diorang mengalami sendiri apa yang diorang tulis or mungkin diorang lihat dari pemerhatian  jujur aku rasa kadangkala novel2 yang aku baca terasa hidup terasa dekat di hati mungkin sebab penulis pandai membawa watak jadi hidup setelah lama memerhatikan duani penulisan ini walau aku bukanlah banyak pengalaman dan aku tidak pernah mendapat pendidikan secara lansung tentang dunia penulisan hanyalah sekadar pemerhatian aku dapat simpulkan beberapa perkara (ini hany

APA GUNANYA LELAKI

bila lama tak online chat FB sekali online  mesti ada member2 aku yang tegur dan kebetulan  chat dengan seorang member yang memang lama tak dengar khabar berita ni dipendekkan kisah tengah ralit acth up pasal life masing2 aku ditanyakan satu soalan bombastik "Mid, kalau kau pandai tukar lampu, boleh tukar tayar sendiri, pandai jumping kereta dan tak malu  hantar kereta ke workshop, so, apa gunanya laki kau nanti..." dan masa tu otak aku agak lambat RAM waktu tu so, aku hanya mampu sent SMILEY face sambil buat jawapan yang tak berapa lawak "Aku carilah pulak laki yang pandai masak, pandai kemas rumah" dan sebab tak nak teruskan lagi perbincangan hangat kami, cepat2 aku cakap aku nak log out sebab ada kerja confirm, kalau lama karang ada pulak yang bukak bunga silat nanti but then, bila tengah termenung panjang ni aku terfikir pula soalan cepumas m

UNTAIAN RINDU BUAT NENDA

Untaian rindu buat nenda satu momento khusus buat NEK EBE  yang sudah hampir dua tahun kembali ke Rahmatullah  dan baru tahun ini alung sempat menjenguk pusara NEK EBE. tiada kata yang dapat terungkap hanya tangis dan sendu meneman alung  di waktu petang itu saat makammu petama kali dijenguk dan sebaris kata yang terungkap saat itu adalah : "NEK EBE, alung datang ni " karna gigihnya dia  aku lahir di dunia karna tabahnya dia aku kenal bidadari duia karna adanya dia aku dilindung suria pencerah alam junjung kasih buat nenda attas bunda yang kami kasihi junjung kasih buat nenda atas nikmat hari ini serangkum Al-Fatihah buat nenda yang sudah tiada titipan rindu buat nenda yang perginya tak sempat kuiringi Makam putih sepi dingin pohonan kecil merimbun teduh pasir putih merusuh nyali saat aku bertafakur sendiri ditepi pembaringan nenda                                                                                      

AKU RINDU INTERSABER : ZENITH VERSION

susah payah saya membelek album member2 menstalk mana yang patut finally, i found this one inilah collage family besar zenithian ZENITHIAN is what so called of our batch at INTERSABER melihat collage ini  buat memori lama flash balik dalam fikiran walau samar2 ada sedikit sebanyak yang bisa mengubat rindu dalam hati and the picture above adalah family saya susah dan senang selama dua tahun hidup di intersaber 5 TAUFIQIANS seriously, missing them right now when im starting to write this entry ini pulak gambar depan kelas yang diambil oleh seorang sahabat SSSHHHHH adalah trademark kelas kami kelas paling senyap dalam sekolah memang well known famous sampai ada yang gelar kelas kami kelas bilik mayat sebab tak ada rupa ada benda bernyawa hidup dalam tue and ada jugak yang mention kalau jarum jatuh pun dengar actually, kami bukan senyap cuma most of the time  ada yang mungkin study tekun dan selebihnya layan kantuk d