" Pergh, novel ni best gila, jalan cerita dia rasa macam real jer, agaknya
kisah hidup peulis kot"
"Memandai jer kau, takkanlah ada manusia macam nie hidup kat dunia nie,
imaginasi penulis kot"
" Betul jugak, tap seriously, memang rasa real kot "
ini dialog yang selalu aku dengar
atau komen yang selalu aku baca
bila ada yang review sesuatu cerpen atau novel
memang kadangkala timbul pertanyaan dalam hati
semua penulis novel yang hebat2 ni
adakah diorang mengalami sendiri apa yang diorang tulis
or mungkin diorang lihat dari pemerhatian
jujur aku rasa
kadangkala novel2 yang aku baca terasa hidup
terasa dekat di hati
mungkin sebab penulis pandai membawa watak jadi hidup
setelah lama memerhatikan duani penulisan ini
walau aku bukanlah banyak pengalaman
dan aku tidak pernah mendapat pendidikan
secara lansung tentang dunia penulisan
hanyalah sekadar pemerhatian
aku dapat simpulkan beberapa perkara
(ini hanyalah pendapat tuan punya entri secara mutlak)
ada penulis yang memang berbakat
walau cerita tu hanyalah sekadar imaginasi minda semata-mata
tetapi mereka berjaya membuat watak2 dalam
penulisan mereka hidup
gaya penceritaan mereka penuh seni
bahasa yang digunakan sangat puitis
tersusun cantik
tetapi tidaklah sampai membuatkan pembaca pening
dengan penggunaan kata yang berat
ada penulis yang memang ingin menulis
tidak kisah apa respon pembaca
mereka hanya mahu kepuasan diri sendiri
mereka menulis dari sudut pandangan diri sendiri
penulis seperti ini walau nampak angkug
tetapi mereka berjaya menarik perhatin
golongan pembaca sendiri
bagi mereka
penulisan mereka hanya untuk yang tahu menghargai
dan ada penulis yang kurang berbakat
tetapi mereka mampu menghasilkan cerita menarik
kerana ianya adalah sepenuhnya
berdasarkan kisah hidup mereka
atau kisah hidup orang sekeliling
penggunaan bahasa selalunya agak "pasar"
dan jalan cerita mungkin mendatar
bergantung kepada kisah yang mereka alami
aku memang pernah teringin
dan punya cita-cita untuk jadi penulis
tapi tidaklah sepenuh masa
sebabnya, menulis ini hanyalah sekadar hobi
sebab itu, kadangkala gagah jugak
blog dipenuhkan dengan penulisan carca marba
dulu, aku rasa memang mustahil untuk menulis satu cerpen
karna jarang seklai aku dapat menyiapka satu cerpen penuh
selalunya mesti tegantung
kerana aku tidak pernah pandai
untuk mereka satu ending bagi setiap cerita
dan aku selalu hilang sekejap dari fokus
bila sedang menyiapkan satu cerpen
tetapi aku bersyukur
kerana kadangkala idea2 sentiasa mencurah2
tetapi aku tidak pernah sempat menyiapkan
sebab itulah, aku hanya banyak berkarya memalui puisi
menulis sajak atau menulis pantun
tetapi hidup harus perlu ada cabaran
dan aku sedang encabar diriku untuk melakukan sesuatu
yang berada di luar norma kehidupan aku
inshaallah,
kalau semunya berjalan lancar
projek sampingan yang sedang aku usahakan
pasti akan menampakkan hasilnya
moga ALLAH terus mengizinkan aku
untuk terus berkarya...
Ulasan
Catat Ulasan