Langkau ke kandungan utama

BEST ARTIKEL

Hari tu baru aje explore laman web http://www.iluvislam.com/. Rasa tertarik dengan salah satu daripada artikelnya. Pasal apa. Pasal CINTA. Kebetulan pula tengah free ni rasa nak muatkan artikel tu dalam blog ni. Buat tatapan di kemudian hari.......... Apa yang tertulis adalah luahan penulis tersebut secara peribadi. Dan bagi kita yang membacanya, hanya menilai dan mendalami lebih mendalam lagi apa yang cuba disampaikan. Tapi saya hanya muatkan sebahagian sahaja........Hehehehe.......Nak tahu lebih lanjut bolehlah layari laman webnya.

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari -

Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah.

Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah.

Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.


Saya juga bersependapat dengan penulis artikel ni. Secara logiknya dalam kehidupan ini takkan ada yang sempurna. ALLAH telah menciptakan manusia ada kelebihan dan ada kekurangannya. Jika kita mencintai seseorang kerana sifat2nya yang tertentu mungkin kita akan kecewa di kemudian hari. Mungkin kita mencintai seseorang itu kerana sifat alimnya. Bagaimana pula jika suatu hari nanti dia berubah sikap. Adakah kita masih mencintainya? Oleh itu bercintalah kerana ALLAH kerana cintakan ALLAH lebih dari segalanya akan membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki.......INSYAALLAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

OPTICAL COMBUSTION ENGINE~~~~ A BRIEF INTRODUCTION

1.       INTRODUCTION  Figure  1  : Optical Single Cylinder Engine                 Internal combustion (IC) performance is one of the important aspects in automotive industry. The higher the IC performance, the powerful the engine car to be, therefore cause the higher request between the lovers of high performance cars. However, engineers had faced lots of problem in the way to determine the exact and more accurate performance of IC engine. These problems happen due to lots of factor such as the material that IC engine made of from. The IC engine is made of from all-metal materials and this prevent engineers to gain a detailed insight of the mixing, combustion and emissions formation processes occurred in the cylinder of IC engine. Therefore, the Optical Engine has been introduced as the improvement to the original system. High-speed imaging combined with the optica...

GOOD LUCK MY SISTER ON YOUR SPM

Dear my sister Najihah, I wish you the best for your SPM;s results. Whatever the result is, never lose faith A good results in SPM  as the people said is the good start for a better future but frankly speaking, its NOT a good results will not guarantee a good future because what FUTURE hold for you is still a SECRET that keep by the ALMIGHTY So, dear sister I wanna you to keep your head held high never compare the results with others whatever it is your result especially don't compare it among the siblings every one of us have their own hurdles and destiny and a reminder to you my dear sister you already decide what is your path do not think about what others get try the best what exactly in front of you do the best but keep in mind try to live your life to the fullest STUDY HARD PLAY HARD  and last but not least, remember always I will always support you you may think that I try to get you into something but...

DEMAM RINDU

pukul 2.30 pm : dah tak tahan sangat nak tanggung bebannya badan nie.. terpaksalah mengkuatkan diri ke klinik USM.. credit to miss driver and resultnya nurse : adik, memang panas nie badan.. kenapa tak datang awal2... saya : camner nak datang kalau kenanya tengah malam ( dalam hati : mybe nervous sangat nak ngadap dekan esok kot pasal design ) and suhu badan 37.8 C pergh... dah lama gak tak panas macam tue huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu dan biler im share the story with her she just simply said that " ko demam rindu kott " ummmm... demam rindu takderlah rindu sangat dengan ny UMMI pun and she replied " orang lain kowt" hypothesis dy agak meragukan so tak boleh diguna pakai lansung tapi at the end of the day Im have to agree with her need to admit that im absolutely demam rindu hehehehehehehhe unexpected lansung sebenarnya coz lmbat makan ubat tapi biler jer dah jumpa terus terasa kebah giler demam saya nie hehehehehehehhe..sump...