Assalamualaikum...............
Saya baru sahaja menduduki peperiksaan SPM. Alhamdulillah. Walaupun result saya tak segempak mana tetapi saya bersyukur kerana saya bukan di kalangan yang gagal. Masih boleh dikategorikan sebagai berjaya. RENDAH DIRI. Pasti ada. Apalagi saya berlatarbelakangkan mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh. Sudah tentu 11A1, straight A sangat sinonim di kalangan pelajar2 SBP. Tetapi bagi saya , rendah diri itu mesti tetapi jangan sampai kita mengalah dengan perasaan itu. Agak lucu saya rasakan. Apabila bersama kawan2 SBP yang lain keputusan saya bukanlah sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Lain pula halnya dengan kawan2 dari sekolah harian. Bagi mereka keputusan saya itu sangat bagus. Saya menjadi seolah-olah ikon mereka. Berbalik kepada rendah diri tadi. Mungkin saya perlu rendah diri tetapi saya tidak akan sekali-kali membiarkan diri saya hanyut dengan perasaan itu sehingga saya memikirkan yang saya tidak layak untuk melakukan sesuatu. Bagi saya , orang yang berjaya itu adalah mereka yang berjaya bangun dari kegagalan mereka dan terus berusaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Sebenarnya kita belajar dari kegagalan. Dan kegagalan itu juga yang akan menjadi kayu ukur setakat mana kita mampu bangkit darinya.
Hati yang berdebar dah hilang rentaknya sebaik sahaja saya melihat slip keputusan saya. Sekarang otak pula yang berserabut memikirkan apa kursus yang saya ingin ambil dan bagaimana. Tak dikira lagi dengan kepala yang pening memikirkan bagaimana nak cari biasiswa atau tajaan. Tambah merumitkan kursus yang saya ingin ambil penawaran biasiswanya amatlah terhad. Memang betul saya sudah mempunyai perancangan saya sendiri. Tetapi perancangan itu agak goyah setelah saya mengetahui keputusan saya. Alhamdulillah. Walaupun tak sebagus mana saya masih boleh mengambil kursus tersebut. Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menentukan ke mana hala tuju saya. Namun berkat dorongan dari keluarga dan kawan2 yang sentiasa setia mendengar rintihan saya, saya telah bertekad untuk terus memperjuangkannya. Betullah kata sahabat saya. Jika kita rasa down sangat, cari someone yang kita trust for listening to us. Dan saya sangat berterima kasih dengan nasihatnya itu.
Luahkanlah apa yang kita rasa. Kerana dengan meluahkannya fikiran dan hati kita akan menjadi lebih tenang. Kalau ingin menangis, menangislah. Kerana dengan menangis secara tidak lansung kita menyalur keluar penderitaan yang dialami. Bercakap denga seseorang tentang masaalah kita akan mendorond fikiran kita tanpa kita sedari untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Dan memang ALLAH mengurniakan kepada kita akal fikiran agar kita berfikir. Fikirkanlah penyelesaian yang paling baik bagi setiap masalah yang dihadapi..........

Ulasan
Catat Ulasan