Suatu malam ku bermimpi melihat cahaya bulan menerangi sedang aku bermanja atas pangkuanmu bunda Siangnya ku lihat sang mentari memancar bahangnya membakar diriku sedang ayah gembira dan tersenyum mengalirkan keringatnya Bunda jasamu tak terbalas jerih payahmu membesarkanku tak ternilai kau gadaikan nyawamu agar aku dapat melihat dunia ini kau pelukis jiwa ini kau corak diriku bagaikan sang pelukis mahir memainkan warna di atas kanvas putih Ayah pengorbananmu jadi semangat kau idolaku membakar semangat juang di dada anakmu tak ernah kenal erti jemu penat, bosan atau sakit kau kuatkan semangatmu hanya kerana ingin melihat aku hidup seperti insan yang lain Ayah dan bonda kalian sering kuingati walau aku kini di rantauan kalianlah sumber inspirasiku Bonda kegigihanmu kegigihanku Ayah ketabahanmu sentiasa milikku created by : ermahida @ aku sendiri 9 November 2006 9.00 malam Bilik Study Ummu Aiman SMK Seri Perkasa Sajak ni saya buat masa ngah sambut hari jadi saya. Masa tu duduk dekat asra