Saya telah menemubual seorang usahawan tempatan yang sangat berjaya dalam bidang keusahawanan yang diceburinya. Hasil temu bual selama 20 minit ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai dunia keusahawanan. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia dan pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang usahawan. Usahawan yang saya maksudkan ini ialah Encik Hidir. Beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Syarikat SM DIR ENTERPRISE. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang menjual dan membekalkan perabot dan berlokasi di Hutan Melintang,Perak. Keistimewaan usahawan ini adalah kerana beliau satu-satunya usahawan Melayu di Daerah Hilir Perak yang membuka syarikat berasaskan perabot yang mana selalunya bidang ini dipelopori oleh kaum Cina. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut lagi berkenaan kejayaan dan pengalaman yang telah dilalui oleh usahawan ini, moleklah kiranya jika saya men