Langkau ke kandungan utama

SM DIR ENTERPRISE

Saya telah menemubual seorang usahawan tempatan yang sangat berjaya dalam bidang keusahawanan yang diceburinya. Hasil temu bual selama 20 minit ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai dunia keusahawanan. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia dan pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang usahawan. Usahawan yang saya maksudkan ini ialah Encik Hidir. Beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Syarikat SM DIR ENTERPRISE. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang menjual dan membekalkan perabot dan berlokasi di Hutan Melintang,Perak. Keistimewaan usahawan ini adalah kerana beliau satu-satunya usahawan Melayu di Daerah Hilir Perak yang membuka syarikat berasaskan perabot yang mana selalunya bidang ini dipelopori oleh kaum Cina.  Kata orang tak kenal maka tak cinta. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut lagi berkenaan kejayaan dan pengalaman yang telah dilalui oleh usahawan ini, moleklah kiranya jika saya menceritakan terlebih dahulu berkenaan latar belakang usahawan ini.


Nama diberi Hidir Bin Ali. Beliau merupakan anak jati Bagan Dato’, Perak. Beliau telah dilahirkan pada 9 Februari 1961. Beliau telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Puan Sharifah Mahani dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata. Beliau kini menetap bersama keluarga tercinta di teratak indah di Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang, Perak. Jika ditanyakan berkenaan latar pandidikan beliau, pasti ramai yang berasa pelik. Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan telah menamatkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia

pada tahun 1996. Pelik, bukan! Apa yang lebih mengkagumkan lagi ialah, usahawan yang petah berbicara ini sebenarnya adalah merupakan seorang pendidik. Beliau telah mencurahkan baktinya mendidik anak watan semenjak tahun 1997 dan kini beliau sedang mengajar di SMK Seri Perkasa, Hutan Melintang, Perak.

Latar belakang keluarga yang hanya berpendapatan sederhana mendorong beliau dan abangnya untuk mencari sumber pendapatan tambahan bagi membantu kedua ibubapa mereka yang hanya bekerja sebagai petani sahaja. Semenjak di bangku sekolah lagi, beliau telah membantu abangnya berniaga di pasar malam. Bertitik tolak dari saat itulah, beliau meminati bidang perniagaan. Apabila melangkah ke menara gading, cuti semester yang ada digunakan sepenuhnya oleh beliau. Bersama rakan-rakannya, beliau mengusahakan jualan burger dan ada antara rakannya yang telah menjadi usahawan burger yang berjaya iaitu Ramli Burger. Kemudian, beliau menjadi pengedar dan pembekal hasil kraftangan khat secara kecil-kecilan. Rentetan dari situlah, bermulanya SM DIR ENTERPRISE.



Setelah berkenalan dengan tuan empunya badan, sekarang kita berkenalanlah pula dengan syarikat kesayangannya. Ketika ditanya berkenaan syarikatnya, beliau dengan bangganya menceritakan asal usul nama syarikatnya. SM DIR ENTERPRISE adalah merupakan hasil gabungan namanya dan juga isteri yang dikasihinya. Wah, romantik sungguh usahawan kita ini! Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan ketika itu beliau berusia 40 tahun. Sebelum menubuhkan syarikat ini, beliau terlebih dahulu telah menceburi bidang keusahawanan semenjak di alam unversiti lagi. Pada permulaannya beliau menjadi pengedar dan pembekal hasil kraftangan khat kepada syarikat-syarikat persendirian dan juga sekolah-sekolah. Setelah melihat sikap amanah dan kegigihan beliau, seorang pembekal perabot telah mencadangkan kepada beliau untuk membuka syarikatnya sendiri. Beliau dengan tawakalnya dan disokong oleh keluarga akhirnya telah mendaftarkan dan menubuhkan syarikatnya miliknya sendiri tanpa perkongsia dengan mana-mana pihak. Pada peringkat awal penubuhan syarikat ini, beliau telah mengeluarkan modal sebanyak RM 100 000 yang mana  diberi pinjaman oleh pihak bank. Beliau yang menyedari bahawa syarikatnya masih lagi tidak dikenali umum, telah membuat perjanjian dengan syarikat pembekal yang mana perabot-perabot yang tidak laku akan dipulangkan semula. Alhamdulillah, hanya mengambil masa selama setahun sahaja buat syarikatnya dikenali umum. Kemudian, beliau menilai dan sentiasa menjual perabot yang hanya mendapat permintaan dari pelanggan-pelanggannya sahaja. Selain daripada menjual perabot, syarikat beliau turut membekalkan perabot kepada sekolah-sekolah di kawasan Daerah Hilir Perak.
                Jika dilihat dari perwatakannya yang ceria dan ramah bercerita pasti tiada siapa yang menyangka kesusahan dan keperitan yang dialaminya untuk menjadi seorang usahawan pada hari ini. Keperitan untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank bagi menampung permulaan peniagaannya masih lagi jelas terasa. Mujurlah beliau merupakan kakitangan kerajaan dan mempunyai slip gaji yang memberikannya sedikit kelebihan. Beliau menceritakan pada waktu itu kemudahan untuk memulakan perniagaan seperti mendapatkan modal atau mendaftarkan perniagaan tidak semudah sekarang. Beliau juga turut meluahkan perasaan kesalnya kepada beberapa pihak yang tidak mahu memberikannya pinjaman modal keran tidak yakin dengan kemampuannya untuk menguruskan syarikatnya sendiri. Tambahan pula, jarang anak Melayu yang ingin menceburi bidang keusahawanan yang berasaskan perabot ini.
Selain daripada susah untuk mendapatkan pinjaman modal, beliau turut menceritakan                                                                             pengalamannya ketika mula-mula membuka syarikatnya. Tidak ramai yang mengenalinya                                                                                                              sebagai seorang usahawan perabot kerana kebanyakan orang mengenalinya sebagai seorang                                                                                             pendidik. Ada juga segelintir daripada mereka yang  memperlekehkan usahanya membuka syarikat                                                                                           perabot ini. Terdapat juga beberapa pelanggan awalnya yang meragui keaslian perabot yang                                                                                                              dijualnya. Namun, atas sikap kesabarannya yang  tidak jemu memperjelaskan setiap kualiti perabot                                                                                                   yang dijualnya, menarik ramai pelanggan untuk datang membeli. Kerjayanya sebagai pendidik juga merupakan bonus tambahan kepadanya. Sokongan rakan-rakan pendidik dan anak-anak didiknya yang tidak jemu mempromosikan syarikatnya kepada kenalan-kenalan dan ibubapa mereka menambahkan lagi kerancakan perniagaannya. Lucu juga apabila mendengar kisah beliau berkenaan kerenah pelanggan-pelanggannya yang berbagai ragam.
Apabila ditanya adakah beliau tidak merasa penat dan letih kerana selain daripada menguruskan syarikatnya beliau juga perlu mencurahkan segala dayanya yang ada untuk mendidik anak watan. Sambil tersenyum beliau memberitahu, kedua-duanya adalah perkara yang paling diminatinya. Menjadi seorang pendidik adalah impiannya semenjak di bangku sekolah dan membuka syarikat sendiri adalah impiannya semenjak beliau mengenali bidang keusahawanan. Tidak timbul perkataan penat atau letih di mindanya kerana apabila melakukan perkara yang diminati kita tidak akan mengeluh walaupun ianya payah. Apa yang penting adalah pandai menguruskan masa dan tidak melengahkan kerja. Beliau bersyukur kerana beliau sentiasa dibantu oleh isteri yang disayangi dan juga anak-anaknya. Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada dua orang pekerjanya yang sering komited dan amanah dalam menguruskan syarikatnya semasa dia berada di sekolah.

Actually, En Hidir ni adalah aku nyer ex-teacher kat PERKASA dulu... ngajar aku sejarah kot... cikgu sejrah paling best...aku tak pernah tidur masa dia ngajar sejarah..always happening..maybe sebab cara dier lain dari yanglain kot... anyway thanks ah cikgu sebab sudi ditemuramah...itupun short notice kot aku bagitau kat dier....ARRIGATO.... oh yer..saper2 nak cari perabot bolehlah cari kat kedai cikgu nih....murah2 dan lawa kot....perabot jati pun banyak gak...mai...mai....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GOOD LUCK MY SISTER ON YOUR SPM

Dear my sister Najihah, I wish you the best for your SPM;s results. Whatever the result is, never lose faith A good results in SPM  as the people said is the good start for a better future but frankly speaking, its NOT a good results will not guarantee a good future because what FUTURE hold for you is still a SECRET that keep by the ALMIGHTY So, dear sister I wanna you to keep your head held high never compare the results with others whatever it is your result especially don't compare it among the siblings every one of us have their own hurdles and destiny and a reminder to you my dear sister you already decide what is your path do not think about what others get try the best what exactly in front of you do the best but keep in mind try to live your life to the fullest STUDY HARD PLAY HARD  and last but not least, remember always I will always support you you may think that I try to get you into something but I wi

SAYA BANGGA NAMA SAYA HAMIDAH !

Coz dah tak berapa betul kepala plus with mata yang tak reti nak tutup nih... mendorong aku untuk buat satu kerja yang boleh dikategorikan tak adanya faedah tapi sebab niat nak sangat mencuba.. so aku dengan bangga dan ragu mengKLIK cik Google and search for HAMIDAH.. and seriously terkejut dengan penemuan aku nih... tapi mulut bertambah senyum.. coz x expect akan found something new.... kelakar tak kelakarlah tapi memang menyejukkan hati dan meriangkan jiwa..heheheheheheh.. The reason adalah kerana I found out that my name which is HAMIDAH also was a name of one city.. betul ker fakta nih..ataupun auta.. jumpa kat WIKIPEDIA kot.... almost 100% right xcept ader someone else try autakan fakta.. itu hamba tolak ketepilah....kat bawah aderlah further explanation but simple... Hamidah  is a village in west-central  Yemen . It is located in the  San‘a’ Governorate .

USM VS UTP

alkisah nak jadikan citer... hari nih aku pegi KL ngah elok lepak ngan my family baru teringat HP yang dah lama tak dilihat and biler aku wak check up wau surprise hahahahahahaha aku dapat lak UTP macam daydream jer time baca mesej tuh tapi ntah kenapa aku tak rasa hepi sangat macam tak teruja tak macam masa aku dapat USM hari tuh rasa nak melonjak ke langit jer macam nak menari pun ader gak lepas dapat mesej terus aku call ARIF hahahahaha apa lagi report kat dier dier cam besalah hasut aku pergi situ bukan aku tak tau dier nak sangat aku study kat situ hahahahahha katanya aderlah kawan member... aper beza ker kawan ngan member tapi ntahlah aku tak tau nak kater aper aku macam lost macam orang angau ader gak lepas aku pikir2 rasa2 macam dah dapat petunjuk hahahahahaha isthiharah pun belum dah dapat petunjuk hebat gak daya instint aku nih banyak pro and kontra nya samaada USM atau UTP but frankly speaking IM fallin in love with USM even tak pernah pergi lagi kat situ... tapi in my head