Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

HIKAYAT CINTA ~~~ CINTA MATI MACAM SAMPAH

  Aku :Macam mana korang boleh start couple ni. Kau kenal dia waktu bila Kawan : Baru seminggu yang lepas. Alah waktu aku cakap nak pergi ATM tu. Terlanggar dia. Aku :Macam tu je. Sempat pulak kau dapat nombor dia. Kawan : Biasalah , kata romeo.  Dan entah macam mana, awek kawan aku ni jadi baik dengan aku. Baiknya sampak lepak ke bilik dan tidur dekat bilik aku. Mungkin sebab sifat dia yang manja ni, buat kawan aku tertarik hati dengan dia. Tapi sifat manja dia yang  melampau juga buat kawan aku jadi rimas. Hubungan diorang tak bertahan lama. Tak sampai sebulan diorang clash. Dan yag jadi mangsa adalah aku. Awek kawan : Macam mana ni. Kita sayang sangat lagi dengan dia. Sampai hati dia nak clash macam tu jer. Kita cinta mati dengan dia. Kita tak tahulah macam mana nak bayangkan hidup kita tanpa dia. Sampai hati dia buat kita macam ni. Kita sayang gila kat dia. Aku : -_- (Dan terus mendengar luahan awek kawan ni sampai pu...

HIKAYAT CINTA~~~ MY SENIOR'S ROMANCE

#KisahKetiga Junior (J): Macam mana akak boleh kenal dengan hubby akak ni.  Senior (S) : Kisah kitorang sebenarnya macam kelakar nak diceritakan. Banyak sangat belok sana sini. J:Alah, ceritalah kak. Tak kisah kot.  Banyak kot masa yang ada. S:Okay. Akak cerita yang shot version punya. Actually, akak kenal dengan hubby akak nie waktu belajar dekat U. Kitorang sama persatuan Waktu tu akak tangah bercinta dengan orang lain.  Kawan bilik hubby akak nielah. Entah macam mana, dia boleh jadi orang tengah . Bila kitorang bergaduh, dialah jadi tukang refereenya. Dan kebetulan selalu jumpa waktu persatuan, hubby akak nie selalulah jugak jadi tong sampah dengar masalah akak. Then, bila akak putus dengan ex akak waktu tu,  jarang jumpa dengan hubby akak. Lamalah juga lost contact. Nak dijadikan cerita, kitorang berjumpa semula waktu wedding kawan persatuan kitorang. Waktu tu barulah bertukar phone number. Tapi waktu tu akak dah t...

HIKAYAT CINTA ~~~~ PART 1

#KisahPertama Gadis ; Kawan baik saya tu kan dan bertunang.  Sampai hati dia tak bagitau kat saya.  Aduka : So, tahu dari siapa Gadis : Kawan lain tersembang, dengar jelah. Aduka : So, lepas ni kena extra careful kalau nak lepak dengan dia  Gadis : Kenapa pulak ? Kitorang bukannya buat apa2 pun. Dulu okay jer. Tak kisah pun. Aduka : Dulu lain. Dulu dia tak ada status apapun.  Tapi sekarang,dia dah jadi tunangan orang. Nanti jadi fitnah.  Gadis : Hmmmhhh..   Aduka : Plus, hidup kena fair. Kalau saya tak nak tunang saya nanti  keluar berdua dengan lelaki, tunang dia pun mesti nak benda yang sama juga. #KisahKedua Gadis: Malam ni diorang ajak keluar tengok wayang. Aduka : Nak pergi bila, dah petang kan. Gadis : Entahlah, tengok wayang lewat malam kot. Aduka : Sorang jerlah pempuam. Gadis : Yelah, macam biasa. Aduka : Hmmmhh... Pandai-pandailah fikir. Awak tu perempuan. Gadis : -_-

HIKAYAT CINTA~~~~~ DA INTRO

Sebab kadangkala imaginasi meliar dan minda laju melakarkan hikayat hikayat yang harapnya jadi teladan jadi sempadan Hikayat Cinta bukannya semua yang benar dicilok dari sana-sini dari kisah sendiri kisah sahabat andai Hikayat Cinta satu lagi ruangan khusus untuk berkisah tentang cinta berkongsi manisnya madu cinta berkisah tentang pahitnya hempedu cinta pada mereka yang jadi inspirasi harap agar memaafi kisah kalian dicerita buat sumber inspirasi pada pencinta di luar sana moga Hikayat Cinta jadi memoir indah

AKU RINDU INTESABER

Saat kali pertama Surat tawaran dibuka Jujur aku tak sanggup membaca Apa lagi melihat dimana letaknya Gedung ilmu yang bakal kucinta Saat kali pertama Kaki dijejak di bumi bertuah ini Pepohon nyiur santapan mata Bayu laut menghembus lembut INTERSABER tercinta Walau jauh di ceruk kampung Tidak pernah gagal Melahirkan generasi pemangkin ummah Sungguh, aku rindu INTERSABER Rindu pada tarbiahnya Rindu pada kelembutan pendidiknya Rindu pada persahabatan yang tercipta Rindu segalanya tentang INTERSABER

JIKA RASA ITU PASTI

tipu, kalau aku kata tak rindu tipu. kalau aku kata tak mahu bertemu tipu, kalau jiwa tak bersenandung sendu buat kasih jauh berbatu tapi sudah berkali-kali aku pesan pada diri aku harus tabahkan diri setiap berlalunya hari kerna aku yakin dan pasti jodoh itu rahsianya ILLAHI jika rasa itu pasti kau pasti hadir suatu hari melafaz akad penuh janji menyatukan dua hati takkan terpisah sampai mati ermahida (05112014) 1200

AKU KEKASIH

Aku kekasih yang setia pada pemilik cinta yang pernah memikat mata dengan senyuman bak sinar suria Aku kekasih yang menanti pada yang berlalu pergi  yang pernah menghias hari  dengan lagak menawan hati Aku kekasih yang merindu pada bayang-bayang lalu yang pernah mengusik kalbu dengan melodi penuh rindu ermahida (04112014) 1100

AKU KUPU-KUPU MALAM

aku kupu-kupu malam masa hadapanku kelam dek dirantai kerakusan silam aku kupu-kupu malam terbangku di awal dini mencari kumbang yang sudi aku kupu-kupu malam kisahku dihimpit derita hidupku penuh gelita aku kupu-kupu malam  bukan mahuku begini telah kucuba mengubah diri akhirnya aku kalah pada realiti ermahida (04112014) 1040