pertama kali merasai perasaan yang sudah lama tiada dalam kamus hidup perasaan bila sabar tak sabar, mahu tapi tak mahu untuk mengetahui apa natijhah atas imtihan yang baru lepas dihadapi rasanya sudah lama perasaan itu tidak wujud perasaan gementar menghitung hari perasaan tidak menentu bila memikirkan apa hasilnya perasaan ingin tahu yang amat kuat walau takut untuk menghadapi realiti sebuah kenyataan terlampau banyak sebab dan kemungkinan bisa dinyatakan mengapa baru sekarang perasaan ini muncul semula antara dari seribu sebab adalah mungkin kerana satu kesedaran yang baru dalam diri kesedaran di mana imtihan kali ini memang amat bermakna untuk memaknakan satu perjuangan kesedaran yang memang amat lambat untuk dirasai tapi tidak pernah lewat dalam kamus seorang pejuang kesedaran di mana imtihan kali ini adalah benchmarking pada segala yang akan dialami kelak walaupun hakikinya itu adalah sekadar manifesto khayalan ...