perasaan bila sabar tak sabar, mahu tapi tak mahu
untuk mengetahui apa natijhah atas imtihan yang baru lepas dihadapi
rasanya sudah lama perasaan itu tidak wujud
perasaan gementar menghitung hari
perasaan tidak menentu bila memikirkan apa hasilnya
perasaan ingin tahu yang amat kuat
walau takut untuk menghadapi realiti sebuah kenyataan
terlampau banyak sebab dan kemungkinan bisa dinyatakan
mengapa baru sekarang perasaan ini muncul semula
antara dari seribu sebab adalah mungkin kerana
satu kesedaran yang baru dalam diri
kesedaran di mana imtihan kali ini
memang amat bermakna untuk memaknakan satu perjuangan
kesedaran yang memang amat lambat untuk dirasai
tapi tidak pernah lewat dalam kamus seorang pejuang
kesedaran di mana imtihan kali ini
adalah benchmarking pada segala yang akan dialami kelak
walaupun hakikinya itu adalah sekadar manifesto khayalan
insan yang paksinya tidak berpesak pada QADAQ dan QADAR-NYA
tiada yang mustahil sebenarnya dalam kamus ILLAHI
segalanya sudah tercatat semenjak azali
kebarangkalian lain mengapa perasaan ini muncul semula
adalah mungkin kerana baru kali ini dirasakan
jerih payahnya menghadapi imtihan
buat pertama kali semenjak bergelar mahasiswi di menara gading
aku merasakan bersedia untuk menghadapi imtihan
walau pada awalnya memang malas dan leka merajai diri
tetapi ALHAMDULILLAH syukur pada ILLAHI
di saat akhir fasa perjuang penghujung semester ini
langkahku bisa kukemaskan semula
gerak yang sumbang bisa diatur semula
hati yang kusut disirami tenangnya rahmat ILLAHI
walau terlambat langkah ini kubuka
walau terlewat gerak ini kuatur
namun hati dan akal sentiasa memujuk
tiada istilah lewat dalm perjuangan
tiada istilah terlambat asal mahu bangkit semula
awal perjuangan ini mungkin leka merajai
tetapi diakhirnya diri ini bersyukur
kerana jerih payahnya mengejar cita masih kurasa
sakitnya merealisi mimpi dapat kurakam dalam memori
walau persediaan tidak sesempurna mana
walau keyakinan tidak semutlak mana
tetapi aku yakin semuanya di bawah kuasa ALLAH
tiada siapa yang tahu rahasia yang tersimpan
berjaya atau tidak
aku serahkan pada DIA YANG MAHA MENGETAHUI.
moga ada HIKMAH di sebalik yang berlaku
Ulasan
Catat Ulasan