ALHAMDULILLAH
satu kertas dah tumbang, tinggal empat lagi untuk aku tempuhi
Sebenarnya, bersyukur sangat pada ILLAHI
seriously, perasaan aku memang berkecamuk gila semalam
tak pernah dibuat perangai aku macam tue
nervous yang amat sangat
sampai aku telefon umi tengah malam
sob..sob...sob
menangis dalam telefon
duduk sensorang dalam surau
nasib baik tak ada yang study semalam dekat siti
tak pernah dibuat aku lemah sangat sebegitu
terlampau banyak kemungkinan yang aku fikirkan
sampai aku lupa apa tujuan sebenarnya aku hidup
nasib baik aku punya teman
yang selalu mengingatkan aku
yang selalu menenangkan aku
nasib baik umi ada di sisi
Aku bersyukur padamu ILLAHI
kerana aku talah amat dirahmati olehMU
dengan adanya BIDADARI DUNIA
yang sentiasa menemani aku
yang sentiasa mendengar lelahku
yang sentiasa di sisiku
susah dan payah
Aku bersyukur padamu ILLAHI
atas BIDADARI DUNIA ini
Ulasan
Catat Ulasan