Assalamualaikum............... Saya baru sahaja menduduki peperiksaan SPM. Alhamdulillah. Walaupun result saya tak segempak mana tetapi saya bersyukur kerana saya bukan di kalangan yang gagal. Masih boleh dikategorikan sebagai berjaya. RENDAH DIRI. Pasti ada. Apalagi saya berlatarbelakangkan mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh. Sudah tentu 11A1, straight A sangat sinonim di kalangan pelajar2 SBP. Tetapi bagi saya , rendah diri itu mesti tetapi jangan sampai kita mengalah dengan perasaan itu. Agak lucu saya rasakan. Apabila bersama kawan2 SBP yang lain keputusan saya bukanlah sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Lain pula halnya dengan kawan2 dari sekolah harian. Bagi mereka keputusan saya itu sangat bagus. Saya menjadi seolah-olah ikon mereka. Berbalik kepada rendah diri tadi. Mungkin saya perlu rendah diri tetapi saya tidak akan sekali-kali membiarkan diri saya hanyut dengan perasaan itu sehingga saya memikirkan yang saya tidak layak untuk melakukan sesuatu. Bagi saya , or