bila malam kulihat indahnya cahaya bulan gemilangnya sinaran bintang menghiasi dada langit saban waktu tika siang keindahan itu menghilang terlindung di sebalik megahnya sinar sang suria apakah seperti itu jua sayangmu padaku kasih sebentar menyinar kemudian malap kerana egomu, aku tersiksa kerana egoku, aku menderita memendam rasa sesal yang tak kunjung sudah memendam rasa rindu yang kian membara kenapa, kenapa kerana ego, kita kehilangan semuanya kerana ego, yang ada disisihkan kenapa itu berlaku kenapa harus kita... nukilan : ermahida 16 JUN 2006