bila malam
kulihat indahnya cahaya bulan
gemilangnya sinaran bintang
menghiasi dada langit
saban waktu
tika siang
keindahan itu menghilang
terlindung di sebalik
megahnya sinar sang suria
apakah seperti itu jua
sayangmu padaku kasih
sebentar menyinar
kemudian malap
kerana egomu, aku tersiksa
kerana egoku, aku menderita
memendam rasa sesal
yang tak kunjung sudah
memendam rasa rindu
yang kian membara
kenapa, kenapa
kerana ego, kita kehilangan semuanya
kerana ego, yang ada disisihkan
kenapa itu berlaku
kenapa harus kita...
nukilan : ermahida
16 JUN 2006
saban waktu
tika siang
keindahan itu menghilang
terlindung di sebalik
megahnya sinar sang suria
apakah seperti itu jua
sayangmu padaku kasih
sebentar menyinar
kemudian malap
kerana egomu, aku tersiksa
kerana egoku, aku menderita
memendam rasa sesal
yang tak kunjung sudah
memendam rasa rindu
yang kian membara
kenapa, kenapa
kerana ego, kita kehilangan semuanya
kerana ego, yang ada disisihkan
kenapa itu berlaku
kenapa harus kita...
nukilan : ermahida
16 JUN 2006
Ulasan
Catat Ulasan