Langkau ke kandungan utama

GOUT MENYERANG LAGI


perbualan dengan ummi tadi
buat hati risau dan susah hati sedikit
kata ummi
ayah tak ikut berjual hari ni
kena tinggal sensorang dekat rumah
sebabnya gout datang menyerang lagi
dan ayah tak bebas nak bergerak sangat

aduhai
bila dengar macam nie
hati yang dikeraskan tak nak balik
dah rasa macam nak gerakkan kereta pulang
rasanya memang hint ummi suruh balik 
sebab tak pulak berita ni
dikhabarkan dekat budak uum tue
yalah kalau yg di uum tue
susah pulak kalau dia nak balik

dalam risau memikirkan
laju pula tangan mencari pasal gout 
manalah tahu ada rahsia baru
yang perlu kami tahu pasal gout
dan natijahnya memang ada
sedikit perkongsian yang dapat 
melalui internet tentang gout

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 Î¼mol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. 
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat. Mereka akan mendapatkan cara-cara rawatan dari doktor.

a adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas. 
“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Ulasan

  1. Bapa saya penderita gout selama 20 tahun...

    Alhamdulillah sekarang doktor sendiri terkejut melihat kadar uric asid kembali normal.
    Saya sudi berkongsikan pengalaman ayah saya kepada anda semua

    http://vitaminforme.blogspot.com/search/label/SET%20GOUT

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

OPTICAL COMBUSTION ENGINE~~~~ A BRIEF INTRODUCTION

1.       INTRODUCTION  Figure  1  : Optical Single Cylinder Engine                 Internal combustion (IC) performance is one of the important aspects in automotive industry. The higher the IC performance, the powerful the engine car to be, therefore cause the higher request between the lovers of high performance cars. However, engineers had faced lots of problem in the way to determine the exact and more accurate performance of IC engine. These problems happen due to lots of factor such as the material that IC engine made of from. The IC engine is made of from all-metal materials and this prevent engineers to gain a detailed insight of the mixing, combustion and emissions formation processes occurred in the cylinder of IC engine. Therefore, the Optical Engine has been introduced as the improvement to the original system. High-speed imaging combined with the optica...

GOOD LUCK MY SISTER ON YOUR SPM

Dear my sister Najihah, I wish you the best for your SPM;s results. Whatever the result is, never lose faith A good results in SPM  as the people said is the good start for a better future but frankly speaking, its NOT a good results will not guarantee a good future because what FUTURE hold for you is still a SECRET that keep by the ALMIGHTY So, dear sister I wanna you to keep your head held high never compare the results with others whatever it is your result especially don't compare it among the siblings every one of us have their own hurdles and destiny and a reminder to you my dear sister you already decide what is your path do not think about what others get try the best what exactly in front of you do the best but keep in mind try to live your life to the fullest STUDY HARD PLAY HARD  and last but not least, remember always I will always support you you may think that I try to get you into something but...

DEMAM RINDU

pukul 2.30 pm : dah tak tahan sangat nak tanggung bebannya badan nie.. terpaksalah mengkuatkan diri ke klinik USM.. credit to miss driver and resultnya nurse : adik, memang panas nie badan.. kenapa tak datang awal2... saya : camner nak datang kalau kenanya tengah malam ( dalam hati : mybe nervous sangat nak ngadap dekan esok kot pasal design ) and suhu badan 37.8 C pergh... dah lama gak tak panas macam tue huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu dan biler im share the story with her she just simply said that " ko demam rindu kott " ummmm... demam rindu takderlah rindu sangat dengan ny UMMI pun and she replied " orang lain kowt" hypothesis dy agak meragukan so tak boleh diguna pakai lansung tapi at the end of the day Im have to agree with her need to admit that im absolutely demam rindu hehehehehehehhe unexpected lansung sebenarnya coz lmbat makan ubat tapi biler jer dah jumpa terus terasa kebah giler demam saya nie hehehehehehehhe..sump...