di sini semuanya bermula kisah aku dan mereka kisah aku yang baru mahu mengenal erti kehidupan kisah mereka yang sebelum ini tak pernah ku kenali kisah tentang kami yang baru mahu mengenal dunia kerjaya kisah ini penuh coretan kisah ini penuh calitan warna warni kehidupan jujur kali pertama saat mata melihat papan tanda mengalukan kehadiran ku ke tempat ini hati terasa laju detaknya diri seolah dalam mimpi lidah kelu tanpa bicara akal tak dapat membayangkan apa yang bakal kulalui namun syukur aku sering dirahmati YANG ESA kehadiran mereka membuang gundahku kehadiran mereka menceriakan hidupke kehadiran mereka mengajar aku tentang banyak perkara kehadiran mereka juga banyak menyedarkan aku tentang banyak perkara jujur aku akui kisah aku dan mereka sangat bermakna dalam epilog hidupku mereka mengajar aku untuk syukur tentang segala yang kita ada mereka mengajar aku untuk cuba menerima keadaan yang kita lalui dari mereka