Langkau ke kandungan utama

KENANGAN CINTA SEMALAM


Kenangan cinta semalam
Untaian rindu buat dia
Memoir kasih buat dia

Dia, cinta pertamaku
Dia, yang berjaya membuat hatiku berdegup lebih laju
Dia, yang sering membuat aku salah tingkah
Dia, yang berjaya membuatkan aku senyum sepanjang hari
Dia, yang berjaya masuk kedalam hatiku ketika itu
Dia, insan pertama yang berjaya membuat aku sentiasa mencari bayangnya
Tak aku nafikan namanya masih sgar di dalam hati
Tak aku nafikan namanya masih laju terlafaz di mulutkku
Kerana taksub dengan cintanya yang tak pernah aku sentuh
Buat aku tidak pernah memandang yang lain

Segala kenangan bersamanya 
Walau sedikit
Membuatkan aku kadangkala merintih kesedihan
Dimanakah ingin ku luahkan perasaan cintaku ini
Dimanakah ingin ku hamburkan segala kasihku
Aku juga ingin seperti sahabat yang lain
Meluangkan masa bersama yang tersayang
Menghabiskan waktu berkasih-kasihan

Namun aku tak mampu
Kenangan cinta semalam
Menahan aku dari melakukan semua itu
Ya tuhanku
Apakah yang perlu aku lakukan sekarang
Apakah yang mampu aku lakukan
Perlukah aku mencarinya kembali
Meminta maaf atas kesilapanku yang dulu
Lalu menghulurkan untaian kasih ini
Dengan harapan dia menyambutnya
Aku keliru
Aku bingung 
Apakah yang sepatutnya aku lakukan

nukilan ermahida

Ulasan