Langkau ke kandungan utama

KISAH AKU, KAMU DAN DIA



Ini kisah tentang aku
Kisah aku mencari sahabat
Lalu kamu, sahabatku hadir dalam hidup
Waktu kita bersama
Terasa indah sentiasa

Dan, kini kita terpisah memburu cita
Namun, kisah kita akan terus ada
Kisah tentang aku yang merinduimu
Kisah tentang aku tercari bayang-bayangmu
Kisah tentang aku hampir mati disini
Tanpa kamu disisi
Aku bagaikan si buta
Yang kehilangan tongkat
Teraba-raba mencari cahaya

Lalu, kisah ini terus berkembang
Aku cuba mencari pengganti kamu
Tapi aku pasti
Kamu, sahabat tiada gantinya
Kerana dengan apa cara pun
Kaulah yang teristimewa

Tapi, kini aku gembira
Dengan syukur
Aku katakan pada kamu
Aku sudah mampu berdiri
Tanpa ada kamu di sisi
Sudah mampu untuk ketawa
Tanpa perlu mengingatkan kenangan lalu

Bukan bermakna kisah kita telah tamat 
Bukan bermakna aku melupakan kamu, sahabat
Tapi semuanya kerana
Aku telah menjumpai 
Dia yang seperti kamu
Dia yang walaupun berbeza dengan kamu
Tapi ada keunikannya tersendiri
Lalu, kisah ini bukan lagi kisah aku dan kamu
Kisah ini kisah aku, kamu dan dia
Dan aku berasa gembira
Kerana aku dipertemukan dengan kalian

nukilan : ermahida

Ulasan